“Apa Hak Cikgu Buat Macam Ni?” – Tular Video Guru Bakar Telefon Anak Murid, Netizen Tak Puas Hati

PENGGUNAAN telefon bimbit dalam kalangan murid sekolah ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Dari sudut positif, mereka boleh menggunakan peranti itu untuk tujuan pembelajaran dan komunikasi dengan ibu bapa, namun ada juga yang mengambil kesempatan sehingga berlaku penyebaran video por.no dan sebagainya.

Sejak Ahad, kecoh satu rakaman menerusi aplikasi TikTok, laman sosial Twitter dan Facebook yang memaparkan tindakan guru wanita bertudung memb.akar telefon bimbit di perkarangan sebuah sekolah.

Dalam video berdurasi 15 saat itu memaparkan dua orang guru sedang mencampakkan beberapa buah telefon bimbit ke dalam api yang marak.

Turut kelihatan sekumpulan murid perempuan di kawasan itu, malah ada dalam kalangan mereka yang menjerit dan menangis tatkala melihat telefon bimbit dilemparkan ke dalam api.

Kejadian itu dirakam pada waktu malam, dipercayai berlaku di sebuah sekolah asrama.

Perkara tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang merasakan tindakan tersebut sebagai melam.paui batas meskipun atas dasar untuk memberi peringatan atau pengajaran kepada anak murid.

Tak boleh bayang family yang kurang senang, mak bapak susah payah kumpul duit belikan anak fon untuk belajar, last-last macam ni. Ikutkan memang pelajar tu salah tapi ni bukan solution dia. – netizen.

Sehingga kini, video yang dimuat naik menerusi TikTok Malaysian Update News itu meraih dua juta tontonan.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen.

Ada yang beranggapan ia berlaku di negara ini, tak kurang juga yang mend.akwa ia berlaku di negara Indonesia.

Selain TikTok, pelayar Twitter dan Facebook tempatan turut meng.ecam ker.as tindakan dua guru wanita itu yang dianggap ke.jam dan menyalahi und.ang-und.ang.

Semakan mStar mendapati ramai yang kurang setuju dengan tindakan guru-guru itu dan berharap pendekatan lebih harmoni dapat diambil dalam menangani kes penggunaan telefon bimbit di sekolah.

“Ini di Malaysia ke? Pertama sekali, gi.la ke bakar telefon macam tu? 100 peratus bah.aya. Jangan sesekali bakar telefon anda.

“Kedua, cikgu tak ada hak untuk buat semua ini. Paling-paling pun cikgu boleh rampas dan pulangkan kemudian. Ini boleh dikira mencuri dah,” tulis @zazuhri di Twitter.

Ada juga yang memberi pendapat bahawa penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah kini adalah satu keperluan dan para guru tidak mempunyai hak untuk menghapuskan barang peribadi anak didik mereka di sekolah.

Namun, ada juga yang bersetuju dengan tindakan guru-guru tersebut dan menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak-anak apabila mereka tidak mendengar cakap guru di sekolah.

“Rampas (telefon) masih boleh diterima. Kita boleh tuntut kemudian tapi bakar itu sangat keterlaluan.

“Terpaling cikgu. Atas alasan nak beri pengajaran. Pengajaran yang kau bagi kat anak-anak ini adalah den.dam dan rasa tak puas hati.

“Tak boleh bayangkan yang famili kurang senang. Mak ayah susah payah kumpul duit belikan anak telefon untuk belajar, akhirnya macam ni,” tulis beberapa lagi netizen di Twitter.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Twitter Izzy Wizzy, mstar

Be the first to comment on "“Apa Hak Cikgu Buat Macam Ni?” – Tular Video Guru Bakar Telefon Anak Murid, Netizen Tak Puas Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*