Lakonan Ogy Berjaya Buat Babak Ini Jadi Real! Sampai Russia Viral & Kecoh

Menarik perhatian pengikut hingga ke Russia, Nafiez Zaidi tidak menyangka babak lakonan dalam drama Bunga Hati yang memaparkan dirinya ‘dibelasah’ bintang senior, Fauziah Ahmad Daud, tular, hingga perhatian tertumpu ke arahnya.

Nafiez yang membawa watak Luqman iaitu anak istimewa dalam drama berkenaan, tersentuh apabila ramai memuji aksi mereka terutama lakonan hebat Fauziah atau mesra disapa Kak Ogy.

“Selepas lapan tahun berlakon, akhirnya, orang nampak kehadiran saya. Watak Luqman memberi impak.

“Babak di mana saya disepak dan diterajang Kak Ogy dianggap pengalaman cukup berharga… Ia mungkin tidak akan datang lagi.

“Pada mulanya, saya fikir, pengikut di Malaysia sahaja yang sedar babak tular itu. Rupa-rupanya klip video itu viral hingga ke Russia penangan media sosial termasuk Instagram (IG) dan TikTok.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nafiez Zaidi (@nafiez.zaidi)

“Ada yang fikir babak itu kejadian sebenar hingga merasa kasihan terhadap Luqman. Ada juga yang tidak sampai hati melihat saya dibelasah Kak Ogy,” katanya.

Nafiez berkata, babak dalam drama arahan Jamal Khan dan Che Mie itu adalah aksi sebenar.

“Ini bermakna, saya memang ‘dibantai’ betul-betul oleh Kak Ogy. Tidak wujud istilah curi ‘shot’ atau suntingan dalam babak itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nafiez Zaidi (@nafiez.zaidi)

“Namun, Kak Ogy ‘memukul’ saya dengan teknik yang tidak mendatangkan kecederaan. Macam itu baru ‘feel’ dipukul.

“Kalau setakat ‘pukul angin’ mungkin babak itu tampak biasa,” katanya yang diperkenalkan melalui drama Kiah The Spy pada 2013.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata peminat dan netizen memuji lakonan Kak Ogy yang nampak begitu ‘real’ dan hampir tak percaya bahawa itu semua lakonan semata-mata.

“Ni betul2 pukul lepas geram ke apa haha”, komen seorang peminat.

Terbaik…Mantap!

Bro ini kena lepuk betul ke?

Berkongsi perkembangan terkini, Nafiez yang juga teman lelaki Fify Azmi, sedang menyiapkan penggambaran musim kedua drama Air Mata Di Bumi Matador. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Nafiez.zaidi

Be the first to comment on "Lakonan Ogy Berjaya Buat Babak Ini Jadi Real! Sampai Russia Viral & Kecoh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*