TokTi & Ajai Menangis Teringat Siti Sarah Saat Dengar Nyanyian Lagu ‘Kesetiaan’

Pada minggu ke-3 semalam di pentas ‘Big Stage 2022’ , barisan 11 lagi peserta lain melakukan persembahan masing-masing dengan cukup hebat. Mengetengahkan tema lagu-lagu 2000an, ada diantara mereka berjaya membuatkan pihak juri senang hati dan memberikan markah tinggi buat mereka.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu persembahan daripada Aishah Retno yang membawakan lagu Kesetiaan dendangan Allahyarham Siti Sarah sehingga membuatkan juri-juri tetap menitiskan air mata terkenang akan arwah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Bukan, biasa-biasa gais…Part kamera zoom TokTi, ramai terus tak tahan

Dengan iringan piano serta violin, alunan suara Aishah kedengaran cukup luluh dan sampai ke hati penonton. Tak disangka-sangka, TokTi selaku juri utama dilihat tunduk sebak lalu menitiskan air mata. Lantas membuatkan peserta tersebut juga kedengaran berat untuk menghabiskan nyanyiannya.

@memes.puaka Reply to @nshuehad al fatihah buat arwah Siti Sarah 🥺 #fypシ #esekeli #berandatiktok #bigstage2022 ♬ Kesetiaan – Sarah

“Saya teringat pada arwah, itu saja,” katanya dengan nada sebak. 

“Bila saya dengar automatik terus teringat dia, saya tak bolehlah…Arwah penyanyi yang sangat bagus, kerja keras, rendah diri. Bila kita dengar lagu itu, automatik dengar suara dia, saya tak boleh fikir suara orang lain. Tapi dalam penjurian kita kena fokus kepada mereka yang bertanding.

Saya lebih teringat sebab kedua-kedua kami mengandung dalam keadaan COVID-19, mungkin Allah lebih menyayanginya” kata Siti.

Saya teringat kat Allahyarhamah, tu je…Alang-alang kita sedekahkan Al Fatihah pada dia

Selain Siti, seorang lagi juri iaitu Ajai turut kelihatan sebak dan memohon para penonton menitipkan doa untuk Allahyarham.

Bagi Ajai pula yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut mengambil kesempatan untuk mengetuai bacaan doa dan meminta orang ramai dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Jelas Ajai, tiada sesiapa pun mampu menandingi kehebatan arwah dalam membawakan lagu tersebut. Namun, Ajai memberi gambaran bahawa selaku pelapis dan penyanyi baru, Aisha berjaya menyanyikan lagu itu dengan baik.

“Awak mempunyai gaya yang tersendiri, cara awak susun semula dan memang berbeza dari nyanyian asal.

“Tak tahu macam mana saya nak cakap sebab kalau ikutkan memang arwah tiada gantinya cuma kepada generasi kini kenapa tidak? Kita perlu bergerak ke hadapan, awak nyanyi sedap itu je yang saya boleh cakap” komen Ajai kepada Aisha.

Dalam sesi sidang media pula, Ajai berasa terharu apabila lagu tersebut telah diberi nafas baharu apatah lagi dibawakan oleh penyanyi generasi kini.

“Pemergian dia bukan nya lama sangat pun masa itu masih baru. Lagu itu banyak memberi kenangan pelbagai perkara sesiapa sahaja yang menyanyikan lagu itu.

@tengku_quden Serius best but xde saper dpt ganti arwah… #malaysia #indonesia #kesetian #bigstage #bigstage2022 #foryou #aisharetno ♬ original sound – Tengku Raden

“Macam yang saya cakap tiada siapa mampu menandingi Arwah tetapi saya sangat suka bila ada generasi kini terutamanya memberikan nafas baharu dalam lagu tersebut.

“Bila awak nak susun semula lagu itu, awak kena susun ikut kemampuan awak yang sedap. Jadi ada beberapa bahagian tadi yang Aisha buat sedap dan saya boleh cakap sebaris dengan arwah punya penyampaian tetapi sebak itu saya memang tak boleh kawal.

“Kami rapat sebagai rakan cuma ini adalah rezeki arwah bila Malaysia, Indonesia, Brunei dapat doakannya” katanya lagi.

Selain itu, terdapat segelintir netizen yang tidak dapat menahan sebak bukan kerana nyanyian Aisha tetapi disebabkan emosi Siti.

“Nyanyian Aisha Retno buat mengalirkan air mata,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Sedih menonton Aisha, tidak. Sedih melihat Siti, ya,” komen seorang lagi netizen.

Dalam konsert minggu ketiga itu, Aisha berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 82.0%
manakala penyanyi Liaa Aziz diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir dari Big Stage selepas mendapat markah undian atas talian terendah di belakang Sofiaa Marieylla dan Megat Rahim.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Gempak

Be the first to comment on "TokTi & Ajai Menangis Teringat Siti Sarah Saat Dengar Nyanyian Lagu ‘Kesetiaan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*