“Bukan freehair 24 jam”- Bekas Isteri Dai Farhan Dah Tak Bertudung, Sekali Dr Erin Balas Buat Ramai Terdiam

Kuala Lumpur – Bekas isteri kepada pend.akwah media sosial Da’i Farhan, Dr Erin khabarnya sudah pun mendirikan rumah tangga selepas berc.erai dengan bekas suaminya itu pada 27 April 2020.

Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi memberi bayangan tersebut menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya.

Ujarnya, dia berasa sangat bersyukur kerana sudah merasai erti kebahagiaan sebenar sambil memaparkan foto pasangannya itu di Instagram.

Alhamdulillah Ya Rabb sang pemilik hati yang meminjamkan hari seorang hambaMu yang bernama ‘Dia’ Tak pernah rasa o.bses dengan seseorang macam ni aih.

Tambah Dr Erin lagi, dia juga bertuah kerana memiliki seorang suami yang banyak membantu dalam kehidupannya kini.

Gambar terbaru ke ni?

Beberapa posting yang dimuat naik ke media sosial mencetuskan spekulasi apabila gambar wanita tersebut sudah tidak mengenakan hijab dengan mendedahkan rambutnya yang diwarnakan perang.

“Saya cuma ada masalah dengan istiqomah”

Ramai yang terkejut melihat penampilan terbarunya memandangkan mengetahui bekas isteri Da’i Farhan ini masih bertudung walaupun selepas bercerai dengan pendakwah tersebut.

Namun begitu, menerusi ruangan komen posting-posting yang dibuat, Dr Erin memaklumkan yang dia bukanlah 24 jam freehair dan mengakui istiqomah itu sukar dan memerlukan kekuatan dalam melakukan.

“Tak pernah putus mencari redha Allah”

Tambahnya lagi, dia tidak pernah putus asa dalam mencari redha Allah S.W.T walaupun beberapa kali gagal. Dia berharap agar suatu masa nanti doanya akan dimakbulkan dan urusan hidupnya dipermudah.

“Bukan freehair terus 24 jam”

Walau bagaimanapun, dia mengakui masih lagi menjalankan segala kewajiban dan cuma mahu ruang dalam hidupnya. Dia juga masih teguh dengan pendirian dan bukan seperti layang-layang terputus tali.

Dia turut menegaskan bahawa dirinya masih sama seperti dahulu dan juga tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam.

Biarpun ramai yang masih mengkr.itik t.indakan wanita terbabit, Dr Erin menjelaskan bahawa orang lain tidak berada di tempatnya, jadi mereka tidak tahu apa yang dirinya diuji.

Terima dengan positif semua teguran

Dr Erin juga dilihat membalas komen-komen daripada warganet yang mendoakan agar dia kembali berhijab dan kekal istiqomah dengan positif dan tidak mengambil hati dengan segala nasihat yang diberikan.

Dia juga menjelaskan setiap kecaman yang diterima tidak setimpal dengan apa yang dirasakan kerana mereka semua tidak duduk ditempatkan.

Walau bagaimanapun, Dr Erin tetap menerima baik teguran daripada warganet dan berharap suatu hari nanti dia dapat menjadi insan yang lebih baik.

Walaupun ramai yang meng.ecam, namun masih ada juga sesetengah warganet memberikan kata-kata semangat buat Dr Erin agar kekal menjadi dirinya dan lakukan apa yang disukai olehnya.

Untuk makluman, Dr Erin merupakan bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan. Mereka telah bernikah ketika sama-sama mengerjakan umrah dan bercerai selepas beberapa bulan berumah tangga.

Ketika ini, beberapa posting yang dibuat usahawan itu memperlihatkan dirinya bersama seorang lelaki yang dipercayai suami barunya. Dia juga banyak berada di Sabah bagi menguruskan perniagaannya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instagram drholisw

Be the first to comment on "“Bukan freehair 24 jam”- Bekas Isteri Dai Farhan Dah Tak Bertudung, Sekali Dr Erin Balas Buat Ramai Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*