Suami Disangka Ayah, Mak Tak Percaya Dapat Menantu Hampir Sebaya

Jika berbicara mengenai soal jodoh, sudah pastinya masyarakat mempunyai persepsi ataupun stigma tersendiri apabila seseorang itu memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang memiliki jarak usia jauh.

Namun begitu, perkara rem.eh tersebut langsung tidak memberi sebarang kesan pun terhadap seorang wanita ini.

Suami disangka ayah sendiri, itulah antara situasi yang dihadapi oleh Nur Sharmila Nordin setiap kali mereka keluar bersama. Malah sehingga ke detik ini, ibu kandungnya juga seakan-akan tidak percaya dapat ‘menantu baru’ yang hanya berbeza 2 tahun lebih muda saja berbanding dirinya saja.

Kisah ‘unik’ keluarga tersebut menjadi tul4r di aplikasi TikTok dengan meraih 300 ribu views setakat ini.

@eila_nordin Mak Mertua tak percaya dapat menantu hampir sama umuq #fyp #foryourpage #jodoh #cikgu #lecturer #menantu #mertua ♬ Pamela – Bots🇵🇭

Terdahulu, Nur Shamila Nordin baru saja melangsungkan pernikahan dengan bekas pensyarahnya awal tahun ini. Meskipun jarak usia sekitar 18 tahun, tetapi ia langsung tidak menjadi penghalang cinta mereka.

Selain bersyukur dengan jodoh yang telah ditetapkan Ilahi, wanita ini juga tertarik dengan sikap suaminya yang sangat matang serta pandai menghargai pasangan.

@eila_nordin 2003 hanya student and lecturer #fyp #foryourpage #cikgu #jodoh ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

@eila_nordin Allah yang Maha Merancang. Suamiku bekas Lecturerku❤️. Isterimu bekas Studentmu. #fyp #foryourpage #jodoh #cikgu #lecturer #uitm ♬ original sound – NUR SHARMILA NORDIN

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa kagum terhadap ibunya yang sudi terima menantu walaupun di usia sedemikian. Dalam pada itu, sesetengah mereka malah turut berkongsi situasi lebih kurang serupa mengenai ahli keluarga masing-masing.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :TikTok eila_nordin

 

Be the first to comment on "Suami Disangka Ayah, Mak Tak Percaya Dapat Menantu Hampir Sebaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*