(VIDEO) Bayar Tunai RM58,000 Servis Lamborghini, Netizen Syak Ada Sesuatu Yang Pelik

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pemuda dilihat ‘menayang’ wang tunai berkepuk-kepuk ketika ingin membuat servis kereta mewah miliknya jenis Lamborghini.

Dalam video berdurasi 1 minit lebih itu, pemuda itu kelihatan berada di bengkel kereta untuk membaiki keretanya itu.

Malah, tertera juga jumlah kos servis yang berharga lebih kurang RM58,2000 dan lelaki itu kemudian membayarnya dalam bentuk wang tunai.

Namun lain pula reaksi netizen terhadap video tersebut yang rata-ratanya seperti ada mengesyaki sesuatu yang tidak baik dan agak pelik untuk seseorang menggunakan kaedah wang tunai memandangkan lebih mudah untuk membayar sesuatu menggunakan servis ‘online’ ataupun kad kredit/debit.

“Bukan nak tuduhla, orang yang bayar tunai jumlah besar mesti ada buat sesuatu yang tak elok. Kenapa tak guna kad kredit atau debit? Kenapa perlu susah payah nak bawa tunai. Paling busuk pun e dompet TNG.” tulis seorang netizen.

Tapi yang lebih mencuit hati apabila ada juga netizen yang memberi komen mengenai resit bengkel kenderaan yang menggunakan resit biasa seperti ‘kedai tomyam’.

“RM58,200, resit pun pakai buku, tulis cemtu. Servis Axia tak sampai RM200 pun printed cantik baik siap ada logo Perodua. Zaman dah cashless, mamat ni masih pakai cash.”

Tapi pelik juga, tak berat ke poket ke beg tu letak wang kertas banyak-banyak. Terdedah risiko kena rompak lagi. Apa-apa pun berhati-hatilah okay!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Twitter

Be the first to comment on "(VIDEO) Bayar Tunai RM58,000 Servis Lamborghini, Netizen Syak Ada Sesuatu Yang Pelik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*