Hail Amir Sebenarnya Bapa Hael Husaini! Rupanya Betul Jangkaan Ramai?

Permata seni negara terus diberi penghargaan menerusi jasa mereka mengharumkan nama negara dan mencatat pencapaian membanggakan menerusi bakat tersendiri.

Hail Amir Diberi Penghargaan

Terbaru selepas Datuk Aisyah, penyanyi dan pelakon popular era 70-an Hail Amir menerima gelaran Datuk selepas dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Penyanyi popular era 1870 an, Datuk Hail Amir menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk di Istana Negara pada 8 Februari lalu sebagai satu pengiktirafan besar.

Hail berkata Darjah Kebesaran yang dikurniakan memberi makna cukup besar apatah lagi ketika hayat masih dikandung badan selepas lima dekad mengabdikan diri dalam dunia seni.

“Saya dimaklumkan mengenai penganugerahan ini kira-kira seminggu yang lalu. Apabila ada pihak yang ingin berikan anugerah, saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Hail memberitahu dia masih aktif membuat persembahan biarpun tidak sekerap dulu.

Mungkin ada di kalangan pennton yang tertanya mungkinkah Hail Amir ini sebenarnya bapa kepada penyanyi yang sedang popular kini, Hail Husaini.

Jawapannya adalah tidak sama sekali. Hail ataupun nama penuhnya Hail Husaini bin Ramzi adalah anak kelahiran Negeri Sembilan. Pernah meneyrtai rancangan One In AMillion pada tahun 2006 sebelum menyertai Mentor di bawah Jaclyn Victor pada tahun 2009.

Manakala Hail Amir atau Abdul Hail bin Amir merupakan penyanyi kelahiran Pulau Pinang terkenal apabila sering berduet dengan Uji Rashid.

Selain menyenyi, bapa kepada empat orang anak ini juga terkenal di layar perak. Antara filem popular lakonannya adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.

Untuk rekod, Hail telah berkecimpung dalam dunia seni selama 50 tahun dan memulakan kerjaya seni sebagai penari kebudayaan di Badan Budaya di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada awal 70-an sebelum bergelar pelakon dan penyanyi.

Antara lagu hits nya seperti Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Tanda Kasih, Kabus dan Merpati Dua Sejoli.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube

Be the first to comment on "Hail Amir Sebenarnya Bapa Hael Husaini! Rupanya Betul Jangkaan Ramai?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*