Seperti yang ramai sedia maklum, tarikh 22 Februari semalam genap 30 tahun pemergian Allahyarham Sudirman pergi ke alam abadi.
Bersempena dengan detik istimewa tersebut, Atai (anak saudara Allahyarham) dan juga penyanyi remaja viral iaitu Arish Mikael telah diundang ke program MeleTOP bagi melakukan tribute khas kepada penyanyi lagenda Malaysia tersebut.
Selain berkongsi cerita terkini dengan hos MeleTOP, kedua-dua mereka malah sempat berpadu suara menyampaikan karya popular Sudirman.
Malah sebaik lagu ‘Merisik Khabar’ dialunkan, Datuk Aznil Haji Nawawi yang turut berada di sana selaku hos jemputan tidak dapat menahan sebak kerana suara Atai dan Arish persis dengan Allahyarham.
Selain itu, penyanyi buskers yang baru berusia 19 tahun itu juga berkesempatan menemui komposer dan juri ‘Big Stage’ tahun ini iaitu Ajai di studionya.
Selepas mendengar nyanyiannya, Arish disifatkan sebagai individu yang cukup berbakat serta ‘ada barang’ dalam industri seni. Selain menasihatinya agar jangan sia-siakan pakej yang ada, Ajai berharap dapat bertemunya lagi di masa akan datang.
“Rezeki Allah menentukan segalanya.. dapat sy mendengar dan mencungkil apa yg ada padanya
“dia memang berbakat.. pemberian dariNYA… dan dia ada barang
“InsyaAllah kalau ada rezeki.. kita ketemu lagi.. jgn persiakan bakat yang ada ,” tulisnya.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Pak Nil serta Ajai menghargai bakat kedua-dua mereka. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan seolah-olah terubat rindu apabila dapat mendengar kembali alunan suara persis Allahyarham Sudirman yang cukup unik tersebut.
Teringat kembali arw4h Sudirman
Budak ni ada aura
Kalau abg Ajai cakap sedap, memang power!
Dia ada barang
Luar biasaaa suara dia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber :YouTube MeleTOP & IG byajai
Be the first to comment on "“Memang berbakat”- Pak Nil Nangis Arish Nyanyi Lagu Sudirman, Dapat Pujian Ajai"