Abby Abadi Minta Tukar Suami! Norman Hakim Senyum, Tapi Ini Reaksi Suaminya

Perkahwinan dan penceraian itu merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Jodoh pertemuan itu bukanlah sesuatu yang mudah dijangka namun penceraian tidak semestinya menjadi satu pengakhiran.

Sebaliknya jadikanlah sebagai pemangkin buat hubungan baru dalam kekeluargaan. Inilah yang dibuktikan oleh dua orang pelaon terkenal, Abby Abadi dan Memey Suhaiza.

Seperti diketahui umum, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama suami Memey, Norman Hakim.

Walaubagaimanapun, Abby dan Memey tidak mempunyai sebarang isu atau kebencian, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan hanya membina persahabatan utuh antara dua keluarga.

Malah menerusi satu video yang menunjukkan keluarga mereka berdua menyambut Aidilfitri bersama-sama beberapa tahun lalu, hubungan mereka dilihat sangat akrab.

Paling membanggakan, Abby dan Memey sendiri boleh bergurau untuk bertukar bersalaman suami.

Mengulas mengenai perkara itu, Memey mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyalah tafsirkan hubungan baik itu, apatah lagi memikirkan mereka berdua akan kembali bersama.

Malah, suami Abby Abadi terkini iaitu Mohd Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai pernah mengaku bahawa dirinya masih gagal menjadi suami yang terbaik buat Abby semasa ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima pada tahun 2020.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim sebelum bercerai pada 18 Disember 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Youtube Viral Oh Viral Channel

Be the first to comment on "Abby Abadi Minta Tukar Suami! Norman Hakim Senyum, Tapi Ini Reaksi Suaminya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*