Rupanya Datuk K Ada Isteri Kedua, Seorang Penyanyi Terkenal!

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dia yang mesra disapa dengan panggilan Tok Ti itu berkahwin dengan  suami, Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau dipanggil Datuk K pada 21 Ogos 2006 dalam sebuah majlis gilang-gemilang.

Sebelum itu, Datuk K telah pun berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham pada 1985 sebelum berc.erai pada tahun 2005. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Azief.

Bagaimanapun, tahukah anda sebelum bernikah dengan Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K dikatakan pernah berkahwin dengan Allahyarhamah Noreen Noor sebagai isteri kedua namun perkahwinan tersebut tidak bertahan lama.

Noreen Noor ialah anak kelahiran Singapura, anak kelima daripada enam beradik merupakan anak manja kepada pesara polis dari Singapura, Allahyarham Mohd. Nor Ahad. 

Walaubagaimanapun, perkahwinannya bersama Datuk K hanyalah sekadar perkhabaran malah perkara tersebut masih belum dibuktikan mana-mana pihak.

Noreen Noor mening.gal dunia pada jam 5.50 pagi pada 23 Oktober 2013 akibat masalah buah pinggang. Dia meninggalkan dua orang anak, seorang perempuan dan seorang lelaki.

Mengimbau kembali kerjayanya dalam bidang seni, Noreen memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan mengeluarkan album pertamanya yang berjudul ‘Kepastian’. Dia juga pernah mendapat jolokan Madonna Malaysia.

Merupakan seorang penyanyi dan pelakon sekitar 80-an, antara lagunya yang popular adalah Siang Terbayang Malam Merindu dan filem berjudul Talak, Hantu Siang dan Pelumba Malam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube Kisah Sedih

Be the first to comment on "Rupanya Datuk K Ada Isteri Kedua, Seorang Penyanyi Terkenal!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*