Mi$teri Wanita Dipeluk Anak Perempuan Shuib Terjawab! Bukan Seorang Artis

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa video perkongsian anak Shuib, Dzahira Talita Zahrah melalui Instagram Allayarham Siti Sarah mendapat perhatian ramai netizen.

Rakaman itu menunjukkan Talita berpelukan dengan seorang wanita yang tidak dapat dilihat dengan jelas wajahynya. Katanya yang mesra dengan panggilan Dekta, wanita itu adalah auntie kesayangannya yang rajin melayaninya.

Apatah lagi, kapsyen ditulis dikatakan seolah-olah memberi petanda bahawa wanita itu mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak Shuib. Video  itu menimbulkan tanda tanya dan menerusi ruangan komen, nama pelakon Wan Sharmila paling banyak disebut-sebut oleh netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Bagaimanapun, Wan Sharmila telah tampil bersuara dan menafikan perkara berkenaan malah mengakui bahawa baru pertama kali bertemu Talita selepas video itu tular. 

Bagaimanapun penemuan terbaru kami mungkin telah menemukan siapa sebenarnya iden.titi wanita mist.eri itu.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuatnaik di Instagram Loveta, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh Allahyarhamah Siti Sarah menunjukkan seorang wanita bersama Talita.

Malah, lebih meyakinkan ada satu gambar di mana bahagian tangan baju yang dipakainya adalah sama seperti di dalam video yang menunjukkan wanita mist.eri itu. Anda mungkin terfikir, tidak semestinya baju yang sama adalah segalanya.

Namun pende.dahan kami seterusnya mungkin membuat anda mengubah fikiran. Wanita tersebut sebenarnya adalah model kepada syarikat kendalian Siti Sarah itu sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Jadi tidak mustahil untuk wanita itu mengenali Shuib dan keluarga kerana urusan kerja yang dijalankan bersama.

Apa pendapat anda? Adakah ini hanya sekadar kebetulan atau fakta yang masih lagi dirahsiakan mereka? Sama-samalah kita nantikan dan mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga.

 

Be the first to comment on "Mi$teri Wanita Dipeluk Anak Perempuan Shuib Terjawab! Bukan Seorang Artis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*