Erma Fatima Ada 5 Anak Angkat! Bersekedudukan, Ini Pula Pandangan UAI !

Memiliki zuriat dan cahaya mata merupakan salah satu nikmat terindah dalam kehidupan setiap pasangan manusia. Anak yang dipelihara dari kecil ini bukan hanya saja dapat menyerikan kehidupan sesebuah rumahtangga malah menjadi kunci kebahagiaan dan rezeki kepada keluarga.

Penerbit dan pelakon, Erma Fatima mempunyai lima orang anak angkat yang dipelihara sejak kecil. Lima orang anak angkatnya itu ialah Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Menerusi Instagram, Erma sering berkongsi aktiviti bersama mereka dan kerap menerima pujian peminat yang mengagumi cara Erma melayan keluarga.

Walaupun penting dalam menjaga hubungan silaturrahim dan kekeluargaan bersama namun ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan sebagai seseorang yang beragama Islam.

Berikutan itu, disini kami tampilkan pesanan daripada Ustaz Azhar Idrus apabila membicarakan tentang persoalan dan hukum mengambil anak angkat.

Menurutnya, hukum mengambil anak angkat adalah harus, namun ada beberapa perkara yang boleh membuatkannya menjadi haram seperti mengambil anak orang lain dan jadikan macam anak sendiri tanpa mengambil berat tentang aurat antara anak angkat tersebut.

Yang pertama, walaupun anak tersebut diambil dari kecil sekalipun batas aurat bagi berlainan jantina tetaplah perlu dijaga.

Kedua, aurat yang boleh didedahkan juga sama seperti ajnabi bermakna sama seperti orang asing dan tidak boleh didahkan walau sehelai rambut pun.

Erma pernah berkahwin dengan sutradara terkenal, Bade Azme pada 30 November 1991 sebelum bercerai 27 tahun kemudian pada 17 Ogos 2017.

Walaupun mempunyai lima orang anak angkat, mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata kandung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Youtube Ustaz Azhar Idrus

Be the first to comment on "Erma Fatima Ada 5 Anak Angkat! Bersekedudukan, Ini Pula Pandangan UAI !"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*