[VIDEO]Lama Berdiam Diri, Saiful Pelantun Lagu ‘Ku Juga Mencintaimu’ Tampil Imej Semakin Wanita

Mungkin tak ramai mengenali Saiful Malaysia Idol kerana perjalanan dalam bidang nyayiannya tidak terlalu lama dan agak perlahan jika dibanding dengan bintang realiti lain. Terdahulu, Saiful pernah popular melalui rancangan Malaysian Idol di TV3.

Namun, selepas lagu Ku Juga Mencintaimu selalu diputarkan di corong radio membuatkan lagu tersebut menjadi siulan ramai.

Penyanyi ini kembali menjadi topik perbualan ‘h4ngat’ netizen apabila video yang menampilkan imej terbarunya tular.

Menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok, Saiful tampil dengan gaya wanita yang lebih anggun.

Malah, wajahnya kini dilihat lebih kurus dan runcing berbanding sebelumnya.

“Hai saya Saiful,” katanya ringkas.

Menerusi ruang komen, ramai yang terkejut dengan penampilannya yang dikatakan lebih ‘wanita’ berbanding dahulu.

Biarpun ada memuji tindakannya yang masih menggunakan nama Saiful, namun tidak kurang juga yang kec3wa dengan imej tersebut.

Malah, ada yang mendoakan supaya pelantun lagu Ku Juga Mencintaimu itu diberikan hidayah.

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”.

“Dia masih guna nama Saiful Alhamdulillah”.

“Semoga diberikan hidayah,”.

“Kenapa jadi macam ni, dulu aku minat sebab hensem sekarang kenapa macam ni”.

“Seriously, kenapa jadi macam ni,” tulis beberapa netizen.

 

@divawafa

Eksklusif !!!….Tunggukan Temubual Artis Berbakat Besar Saiful Malaysia Idol Di Wafa Tv !!!

♬ Ku Juga Mencintaimu (Version 2008) – Saiful

Sementara itu, Gempak masih berusaha untuk mendapatkan respon Saiful mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, sekitar 2017 tular sebuah gambar Saiful juga dikatakan lebih mesra dengan panggilan Saifulina.

Menerusi perkongsian individu di laman twitter, ramai yang agak terkejut dan tidak menyangka perubahan yang drastik itu.

“Saiful Malaysian Idol sekarang dah jadi Saifulina. Cantik Hokay,” tulisnya.

Selepas lagu pertama itu, anak kelahiran Sarawak itu lama diam menyepi dan kemudian muncul dengan lagu single kedua yang bertajuk Aku Ada Di Sini terbitan Sony BMG Music Entertaiment.

Saiful yang popular dalam kalangan wanita kerana berwajah manis dan berlesung pipit. Saiful juga sebumbung bersama penyanyi hebat, Jaclyn Victor di bawah syarikat rakaman yang sama. Namun, nama Saiful semakin tenggelam sehinggalah hari ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Tiktok divawafa

Be the first to comment on "[VIDEO]Lama Berdiam Diri, Saiful Pelantun Lagu ‘Ku Juga Mencintaimu’ Tampil Imej Semakin Wanita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*