Shuib Menangis! ‘Kesetiaan’ Versi Shuib Buat Ramai Sed1h

9 Ogos 2021 menjadi satu tarikh yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tatkala isteri tercintanya, Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Kini, Shuib dilihat sibuk menguruskan anak-anak serta peniagaannya.

Mungkin apa yang kita lihat di media sosial, nampak Shuib seperti kuat untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak, namun jauh dari sudut hatinya tiada siapa yang tahu betapa peritnya menahan rindu terhadap insan tersayang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Its Me Myjaaaadi TikTok, Shuib dilihat membuat Live di Instagram. Namun apa yang meruntun jiwa warganet apabila pelawak berusia 38 tahun itu menyanyikan lagu Kesetiaan yang dinyanyikan oleh Allahyar.ham isteri tercinta.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan Shuib mengusap kepalanya dengan mengatakan bahawa ini merupakan pertama kali dia menyanyikan lagu berkenaan.

“Rasanya seumur hidup first time nyanyi lagu ni. Tak pernah nyanyi lagu ni.”

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit itu meraih lebih 242 ribu tontonan dan mendapat lebih 28 ribu tanda suka ti TikTok.

@itsmemyjaaaa abg ib potong bawang 😔🥲 . sebakk do hmm #fyp ♬ original sound – Coffeesusu ♡

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat menahan sebak apabila Shuib menyanyikan lagu berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang mengatakan Shuib ada seorang yang sangat kuat menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : itsmemyjaaa

Be the first to comment on "Shuib Menangis! ‘Kesetiaan’ Versi Shuib Buat Ramai Sed1h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*