“Malu Cakap Pelat-pelat”– Nabila Dan Sharnaaz Sepakat Didik Jebat Berbahasa Melayu

Kakak kepada usahawan dan selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila mahu memastikan anak lelakinya, Jebat Jayden mahir berbahasa Melayu dengan baik.

Noor Nabila dan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad selesa mendidik anak mereka, Jebat Jayden untuk berbahasa Melayu sejak kecil.

Menerusi laporan Kosmo! Online, wanita berusia 38 tahun itu mengakui sedih apabila melihat ramai generasi muda kini tidak tahu bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Nabila kata zaman sekarang ramai ibu bapa menerapkan Bahasa Inggeris terhadap anak mereka walaupun bukan menetap di luar negara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

“Apabila jumpa orang Melayu yang memang muka Melayu (tak ada darah campuran) tapi cakap Melayu ada slanga atau tak fasih. Malah ada juga yang cakap pun bunyi pelat-pelat. Saya rasa sedih.

“Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Kalau bangsa Melayu tak fasih bertutur bahasa sendiri, apabila bergaul ia akan nampak pelik. Saya dan Sharnaaz sepakat dalam hal ini dalam memberi pendedahan kepada Jebat,” katanya kepada Utusan.

Sebagai ibu, dia tak nak tengok perkara itu berlaku kepada Jebat.

Nabila mahu Jebat benar-benar fasih berbahasa Melayu namun ia akan dianggap bonus jika Jebat menguasai loghat Kelantan atau loghat Utara seperti bapanya juga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Bercerita mengenai adiknya, Faliq menggunakan bahasa Melayu di rumah tetapi menunjukkan perubahan berbeza apabila mula memasuki fasa persekolahan.

“Faliq asyik berbahasa Inggeris sehinggakan kini dia tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu langsung.

“Kalau diikutkan, saya dan anggota keluarga lain semua guna bahasa Melayu saja di rumah.

“Jadi, saya tak nak Jebat jadi orang Melayu yang boleh berbahasa Inggeris tapi tak tahu berbahasa Melayu. Kalau dia sudah bersekolah nanti dia pandai belajar bahasa asing, tak apa. Tapi kena tahu bahasa Melayu.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Sementara itu Nabila tak tolak rezeki anak dengan Engku Emran.

“Memang ada terfikir untuk tambah anak. Saya dan suami tak tolak rezeki malah kami juga sedang berusaha ke arah itu.”

Noor Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 namun pasangan itu bercerai tiga tahun kemudian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Selepas dikurniakan Jebat dan berpisah dengan Sharnaaz pada Julai 2020, Nabila bertemu jodoh dengan ahli perniagaan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac tahun lalu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo Online

Be the first to comment on "“Malu Cakap Pelat-pelat”– Nabila Dan Sharnaaz Sepakat Didik Jebat Berbahasa Melayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*