“Elok dari Iqbal”- Dato Vida Perkenal PA Baru, Orangnya Bukan Biasa-biasa

Sebelum ini, tular berkenaan kisah hubungan antara Datuk Seri Vida bersama Iqbal Zulkefli yang merupakan bekas pembantu peribadinya menjadi bualan ramai.

Menurut laporan, Datuk Seri Vida sebelum ini ada mencari pembantu peribadi baru dan perkara ini dikongsikannya sendiri menerusi akaun Instagram.

Pengasas k.osmetik sensasi, Datuk Seri Vida baru-baru ini sekali lagi menc.uri perhatian netizen selepas memuat naik iklan mencari pekerja sebagai mengisi posisi pembantu peribadi menerusi Instagram miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Vida turut meletakkan ciri-ciri untuk menjadi pembantu peribadi dengan gaji lumayan iaitu sebanyak RM 10,000. Ciri-cirinya adalah lelaki bujang, berusia antara 25 hingga 30 tahun.

Wajib handsome. Untuk perempuan ada jawatan lain ya,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Lalu, perkongsian tersebut pantas menerima reaksi ramai, yang mahu mencuba nasib dan tidak kurang ada yang mengusik dengan meninggalkan komen berbaur jenaka.

Pembantu Baru Dato Vida

Bismillah, PA baru saya Abang Qu. Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah semua hebat hebat.

PA baru saya ni abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.

Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki Hadiah dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang.

Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh . Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn…

Memiliki Perniagaan Tersendiri

TAWARAN pendapatan lebih RM10,000 sebulan bukan pendorong bagi selebriti media sosial bernama Qush untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV).

Kata Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26, dia sudah pun memiliki perniagaan sendiri dan mempunyai pendapatan kukuh.

Namun bagi Qush, dia mahu menimba lebih banyak pengalaman daripada Vida atau Hasmiza Othman yang diketahui berjaya membina empayar perniagaan sendiri.

“Soal bayaran gaji itu saya letak di perkara ketiga atau keempat. Ia bukan sebab utama saya terima jawatan ini.

“Bekerja dengan DSV bukan sekadar wang ringgit, ia lebih kepada pengalaman yang mahu saya peroleh dan belajar.

“Saya juga ada perniagaan sendiri dan Alhamdulillah punya pendapat yang kukuh,” kata Qush ketika dihubungi mStar.

Menurut pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur ini juga dia tertarik untuk menerima tawaran Vida kerana keperibadian wanita tersebut.

Bahkan kata Qush, Vida seorang yang sangat terbuka menerima pendapat orang muda untuk mencipta satu hasil yang lebih baik.

“Saya melihat DSV seorang yang baik dengan pekerjanya. Beliau juga sering melakukan amal dengan menghulurkan bantuan kepada anak-anak tahfiz. Itu membuat saya tertarik untuk terima tawaran ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Qushayry (QA-III) (@qushayry1)

“Kita semua tahu beliau seorang yang sangat spontan termasuk ketika mencipta kandungan di media sosial.

“Walaupun sudah berpengalaman, beliau sedia dan terbuka menerima idea-idea baharu. Apa yang penting adalah hasil akhir sesebuah kandungan atau produk itu,” katanya.

Qush juga akui terpaksa melupakan seketika keseronokan masa mudanya. Bagi Qush ini adalah satu peluang berharga yang mungkin tidak dapat pada orang lain.

Dalam masa sama, Qush cuba sebaik mungkin untuk bersikap profesional dan tidak mencampurkan urusan peribadi sendiri.

“Betul, saya kena lupakan masa untuk berseronok. DSV mahu mengajar saya untuk berjaya dalam perniagaan. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk saya.

“Saya tahu mungkin orang akan kaitkan dengan cerita-cerita peribadi apabila saya rapat dengan DSV. Sebagai pembantu peribadi beliau, saya amalkan sikap profesional.

“Lama-lama nanti orang akan nampak hasil kerja kami bersama dan berhenti bercakap perkara tidak benar,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Qushayry (QA-III) (@qushayry1)

Reaksi Orang Ramai

QUPUTEH,QUPUTEH ,BARU LA PUTIH. semoga perniagaan Dsv semakin maju dan diberkati allah amin.

Semoga dato murah rezeki, saya suka tgk pakaian dato sooo lawa dan tahniah utk PA baru dato moga tahun 2022 membawa impian dan sinar utk bu.siness dato amin.

Mudah2n Dato Seri Vida diberikan Panjang Umur, Sehat Dzahir Batin, Dilapangkan Rizqinya, Senantiasa Mendapat Kemudahan segala urusan2nya, mendapatkan Li.ndungan, Kes.elamatan, pertolongan dr Allah SWT.

Tahniah kepada PA baru dato. semoga semangat dan terus menjdi yg terbaik Aamiin. buat dato kita sama-sama doakan yg baik-baik. dan buat kita semua semoga sentiasa dimurahkan rezeki panjang umur sehat walafiat dijauhkan aamiin.

Barula puteh cantik sedondon selamat berkhidmat bersama team qu puteh abangqu keja elok2,kena rajin,sabar,jujur dan amanah semoga serasi dan niaga Dsv terus berjaya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :IG DSV, qushayry

Be the first to comment on "“Elok dari Iqbal”- Dato Vida Perkenal PA Baru, Orangnya Bukan Biasa-biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*