Ramai Sangka Usia Syafiq Kyle 30-an, Rupanya Baru Belasan Tahun?

Selain penampilan menarik, tata rias atau solekan juga memainkan peranan penting dalam menambah keyakinan seseorang.

Beberapa solekan selebriti boleh dijadikan inspirasi dalam memberi ‘look’ baru kepada gaya seseorang. Artis lelaki juga akan disolek supaya mereka kelihatan lebih ‘fresh’.

Begitu juga dalam dunia lakonan apatah lagi jika pelakon itu memainkan watak yang lebih tua atau muda dari usia yang sebenar. Sentuhan make up artist ini sememangnya dapat mengubah rupa seseorang. Memang luar biasa. 

Baru-baru ini, Syafiq Kyle telah memuat naik foto terbaru di akaun Instagram miliknya. Kelihatan wajah Syafiq Kyle tampak begitu muda dari usianya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Sebelum ini kita sering lihat wajah Syafiq Kyle yang matang dan kacak. Tetapi di dalam foto itu, Syafiq Kyle kelihatan seperti remaja sekolah.

Wajahnya terus bertukar menjadi baby face. Mungkin Syafiq Kyle akan berlakon menjadi seorang remaja dalam drama terbarunya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terkejut dengan perubahan wajahnya yang ketara itu.

Salah satu komen daripada Sharnaaz Ahmad cukup terhibur apabila dia telah meniggalkan komen ‘berapa belas ni umur awak?’

Sebenarnya, Syafiq Kyle sudah berumur 30 tahun dan lahir pada 24 June 1992. Tetapi disebabkan cara penampilannya kelihatan lebih remaja membuatkan rakan artis bergurau kenapa kelihatan seperti ‘muda’ dari usia.

 

Sekadar info, syafiq klyle dan Mimi Lana melalui fasa ‘turun naik’ dalam percintaan sejak enam tahun lalu, pelakon Syafiq Kyle mengakui dia dan aktres Mimi Lana kini dalam proses membawa hubungan cinta mereka ke peringkat yang lebih baik.

Biarpun tidak menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat, namun Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :IG Syafiq Kyle

 

Be the first to comment on "Ramai Sangka Usia Syafiq Kyle 30-an, Rupanya Baru Belasan Tahun?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*