Bosan Hidup Tanpa Sajat, Luahan Dato’ Alif Syukri Buat Netizen Menggelvpur

TINDAKAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya iaitu Sajat mengvndang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Tidak melihat ucapannya itu sebagai satu isv besar, Aliff, 35, berkata dia hairan apabila netizen memar.ahinya kerana perkongsian di Instagram itu.

“Aku malas nak layan korang sebenarnya, tak salah pun kalau aku nak wish dia punya birthday.

“Aku rasa antara salah dia itu biar (dia) dengan Tuhan, aku tak nak masuk campur!

“Korang yang nak marah-marah aku, ma.ki-mak.i aku kat Instagram dah kenapa?” kata Aliff menerusi aplikasi TikTok.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Sebelum itu, seorang pengikut memperso.alkan tindakan Aliff memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran Sajat atau Muhammad Sajhad Kamaruz Zaman yang ke-37 yang disambut pada Rabu lalu.

“Datuk akan masuk neraka tau apabila ucap happy birthday dekat Sajat! Saya tak sukalah,” komen seorang pengikut.

Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya!

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Pada Jumaat, menerusi Instagram penyanyi lagu Cuba Bahagia ini menulis ucapan istimewa untuk sahabat baiknya itu yang kini menetap di Australia.

“Selamat hari jadi kepada kawan baik, bekas jiran yang sekarang di Australia, Sajat. Bosan rasanya apabila kau tak ada di sini.

“Apa pun yang terjadi aku sentiasa mendoakan kau bahagia di dunia dan akhirat. All the best dan semoga sukses walaupun di mana anda berada.

aliff 2

Aliff dan isteri Datin Seri Nur Shahidah bersahabat baik dengan Sajat.

“Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya. Semoga kau panjang umur, dipermudahkan segala urusan hendaknya,” tulis Aliff.

Menerusi perkongsian itu, terlihat ramai netizen yang tidak berpu.as hati dengan luahan hati Dato’ Alif Syukri yang merindui Sajat. Namun ada juga yang memuji Dato’ Alif kerana sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sajat dan tak pernah lupa akan kawan baiknya itu.

Datin Tak Jeles ke?

Sebagai sahabat tolong betulkan mana yang salah

Bagus Dato’ sentiasa doakan yang terbaik buat Sajat

Kawan Baik kan…

Semoga Sajat Diberi Hidayah

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Bosan Hidup Tanpa Sajat, Luahan Dato’ Alif Syukri Buat Netizen Menggelvpur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*