Kawan Had1ahkan Pengantin 1kg Emas Buat Ramai Ternganga!

Pasangan ‘Raja Sehari’ mana yang tidak seronok apabila mendapat banyak hadiah daripada tetamu di majlis perkahwinan mereka.

Malah sebelum ini, tul.ar satu trend di aplikasi TikTok yang mana sekumpulan kawan lelaki atau wanita datang berarak ke pelamin sambil membawa hadiah berupa barangan rumah atau keperluan harian untuk diserahkan kepada pengantin.

Akan tetapi, lain pula ceritanya tentang sekumpulan ‘ge.ng’ YouTuber ini apabila menghadiahkan seketul jongkong emas yang mempunyai berat 1 kilogram kepada salah seorang ahli mereka atas pernikahan baru-baru ini.

Terdahulu, lelaki yang dikenali sebagai Shah tersebut melangsungkan perkahwinan dengan wanita idamannya sekitar 2 minggu lepas.

@isarbshah

Alhamdulilah

♬ original sound – isarbshah

Menganggapnya sebagai rezeki selepas berkahwin, Shah turut berterima kasih kepada rakan-rakannya atas hadiah kahwin yang cukup unik serta tak pernah dibuat orang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Isarbshah (@isarbshah)

Malah menerusi hantaran video di aplikasi TikTok, isterinya merupakan individu paling teruja apabila dapat jongkong emas 999 yang ditempah khas (custom made) berkenaan.

@isarbshah Alhamdulilah rezeki kahwin🤲🏻 thankyou sahabat @isaisarbofficial @isarb_naveind @isarbkz @isarbhafiz ♬ original sound – isarbshah

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen seolah-olah ‘ternganga’ melihat hadiah kahwin yang bukan mudah atau dimiliki oleh orang sebarangan. Pun begitu, mereka tetap tumpang gembira atas nikmat rezeki yang dikecapi oleh Shah dan isterinya sesudah berkahwin.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok isarbshah & IG isarbshah

Be the first to comment on "Kawan Had1ahkan Pengantin 1kg Emas Buat Ramai Ternganga!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*