Bapa Sheera Iskandar men1nggal dunia, terkilan tak dapat ziarah kerana banjir

KHABAR duka daripada pelakon Sheera Iskandar apabila bapanya, Tengku Iskandar Putra Tengku Ahmad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang Isnin di Pasir Mas, Kelantan.

Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memaklumkan bapanya yang berusia 75 tahun itu menin,ggal dunia akibat sak1t tua.

Bagaimanapun, dia masih belum mendapatkan maklumat terperinci kerana kini sedang berada di Melaka.

“Saya mendapat berita daripada adik-beradik yang berada di sana.

sheera

Allahyarham jatuh sak1t sejak beberapa minggu lalu.

“Bapa saya meni,nggal akibat sak1t tua selepas beberapa minggu tidak boleh bergerak. Sebelum itu dia sihat seperti biasa.

“Saya sendiri belum buat keputusan untuk pulang ke sana kerana dimaklumkan kawasan sekitar dilanda banjir,” katanya kepada mStar.

Allahyarham juga merupakan bekas suami kepada pelakon Aznah Hamid.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1981 namun bercerai pada 1986.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Bapa Sheera Iskandar men1nggal dunia, terkilan tak dapat ziarah kerana banjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*