Belum 40 Hari Pantang, Ibu Kerdil & Bayi Travma Hampir Terl1ngkup Bot Dalam Banjir

Mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dilihat semakin memb.uruk dengan lebih ramai yang telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Perkongsian-perkongsian ma.ngsa banjir di media sosial telah membuatkan banyak pihak berasa bimbang lebih-lebih lagi ada kawasan sudah terputus hubungan.

Situasi cem.as itu turut dikongsikan seorang pengguna Instagram yang juga wanita yang pernah vi.ral kerana berbadan kerdil tahun lalu.

Terkedu melihat Muhammad Ayden Adrian yang baru saja berusia 36 hari dibawa meredah banjir oleh neneknya

Belum pun cukup 40 hari berpantang, ibu kerdil yang bernama Syakila Norazma Amira antara yang turut terlibat dalam kejadian bah tersebut. Gara-gara rumahnya di Hulu Terengganu turut dinaiki air, wanita tersebut dan keluarganya berusaha menghar.ungi meredah banjir untuk ke tempat yang lebih selamat.

Lebih mence.maskan, ketika proses pemindahan, bot yang mereka naiki hampir sahaja terbalik dimana dia membawa bayi berusia 36 hari.

Hal tersebut membuatkan wanita kerdil itu sangat trau.ma kerana bot yang mereka sandar di pokok sedikit lagi terlingkup. Nasib baik ibunya sempat berpaut dan masing-masing menangis kerana pa.nik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @buyaaaa

Disebabkan itu, suaminya segera memindahkan bayi mereka ke bot lain dan terus menuju ke pusat pemindahan.

Kami dua orang termasuk Ma hampir masuk dalam air tadi

Jelas Yaya, kejadian tersebut terjadi dalam sekelip mata sahaja. Malah habis segala harta benda termasuk rumah dan kereta ditenggelami air. Malah kini bekalan elektrik juga khabarnya terputus serta talian perkhidmatan telefon juga sukar untuk disambung. Wanita itu juga mengakui masih dalam trau.ma serta teringat-ingat akan insi.den yang dilalui semalam.

Dokumen diri dan harta benda terendam

Tambah wanita itu lagi, segala dokumen peribadi tidak dapat diselamatkan kerana air sudah memenuhi rumah. Ketika ini mereka hanya sehelai sepinggang dan bersyukur kerana masih ada yang sudi memberikan peralatan bayi seperti lampin dan susu buat anak.

Elektrik dan air juga sudah diputuskan

Syakila Norazma Amira juga menjelaskan ketika ini bekalan air, elektrik dan line telefon sangat terhad dan ada diantaranya sudah terputus.

Dia sempat memohon orang ramai mendoakan keselamatan ahli keluarganya kerana mereka meminta Syakila keluar dulu dari kampung bagi menyelamatkan bayi.

 

Masih trau.ma ingat kejadian bot hampir terlin.gkup

Dalam pada itu, wanita kerdil tersebut juga sempat memohon maaf kepada mereka yang meminta untuknya membuat review produk kerana semua barang yang dikirim telah teng.gelam kerana banjir.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasi dihadapi dirinya dan keluarga ketika ini.

Untuk makluman, Syakila atau Yaya menjadi perhatian netizen apabila kisah percintaannya dengan  suami yang berusia 20 tahun yang sangat istimewa. Ramai yang memuji suami kepada wanita tersebut kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal Yaya.

Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.

Pada 25 Januari 2022, wanita tersebut selamat melahirkan anak pertama mereka di salah sebuah hospital di Terengganu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Buyaaaa

Be the first to comment on "Belum 40 Hari Pantang, Ibu Kerdil & Bayi Travma Hampir Terl1ngkup Bot Dalam Banjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*