“Tak Ada Masalah Nak Tunjuk, Tapi…” – Masih ‘Rahs1akan’ Wajah Bilal, Ini Jawapan Haris

Pasangan suami isteri Neelofa dan Haris sedang melewati fasa bahagia bergelar ibu dan bapa selepas kelahiran anak sulung mereka pada 31 Januari lalu.

Namun selepas hampir sebulan dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal, pasangan tersebut masih belum berkongsi wajah putera mereka kepada umum.

Malah sebelum ini ibu Neelofa, Noor Kartini sempat mengaku keluarga mereka di Kelantan juga masih belum pernah melihat wajah Bilal.

Sewaktu menjadi tetamu progran MeleTOP malam tadi, Haris menjawab pertanyaan hos Elly Mazlein mengenai pendirian ‘merahsiakan’ wajah anak mereka.

Menurut Haris, baik dia mahupun Neelofa tidak mempunyai masalah untuk berkongsi wajah Bilal kepada umum.

“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi saya jawab dengan hadis yang antaranya menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan.

“Khuwatir kalau ada yang menengok…sabar,” kata Haris tanpa memaklumkan bila mereka akan berkongsi wajah Bilal kepada umum.

Saat ditanya mengenai pengalaman pertama kali bergelar ayah, Haris yang membahasakan dirinya sebagai Abah memberitahu kehidupan mereka sekeluarga berjalan penuh sederhana.

“Sederhana saja, tapi semua pun tahu tidurpun tak berapa cukup. Kita menolong isteri. Selalunya selepas bersalin mereka ada postpartum (kemurungan),” katanya lagi.

Haris kemudian segera memaklumkan Neelofa tidak mengalami masalah postpartum, namun sebagai suami dia mahu membantu dan melakukan yang terbaik buat isteri dan anaknya.

“Ummi kita tak ada apa, Alhamdulillah,” jelas Haris.

Dalam temubual sama, Haris turut memberitahu nama Muhammad Bilal dibuat atas keputusan bersama dan ia diambil sempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW, Bilal Bin Rabah.

“Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama.

“Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ini buat menangis dengar.

“Jadi kami ambil berkat moga (Bilal) jadi anak soleh,” ujar Haris.

Haris dan Neelofa berkahwin pada Mac 2021.

Selepas memiliki anak, pasangan ini membahasakan diri mereka dengan panggilan Ummi (Neelofa) dan Abah buat Haris.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Tak Ada Masalah Nak Tunjuk, Tapi…” – Masih ‘Rahs1akan’ Wajah Bilal, Ini Jawapan Haris"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*