“Lupa Kubur Ke?”- Iqram Dinzly Terasa, Beng4ng Dengan Fauziah Nawi

Cubaan pelakon Iqram Dinzly yang dikatakah terlalu menjiwai watak sehinggakan memudaratkan dan menyebabkan rakan pelakon, Mona Allen kurang selesa, kini hangat jadi bualan.

Mona Allen akui tak gemar ketika Iqram Dinzly mencekik di bahagian lehernya secara keterlaluan dan telah meluahkan rasa hati.

Isteri kepada Pekin ini berkata, dia dah pun menegur tindakan Iqram itu, tetapi dia tetap melakukannya.

Dilihat menerusi update di Ig story, Iqram Dinzly telah muatnaik satu gambar status dari pelakon veteran tanah air iaitu Fauziah Nawi.

Status dari Fauziah Nawi itu mempersoalkan tindakan seorang pelakon yang berlakon sehingga lupa diri dan bertanya adakah pelakon itu tak pernah dengar pengunaan teknik.

Walaupun Fauziah Nawi muatnaik statu itu tanpa menyebut nama, Iqram Dinzly mungkin terasa dan telah memberi responnya.

Kata Iqram, dia hormat pelakon veteran ini namun semuanya dah lebur. Akan tetapi Iqram telahpun memaafkan semuanya.

Kamu semua ini seperti duri dalam daging,” Tulis Iqram Dinzly.

Kemudian Iqram muatnaik satu lagi status berbunyi seakan mempersoalkan guru kelas lakonan.

Kadangkala tak mesti, yang bijak itu pandai, kadang-kadang lebih teruk dari keldai. Konon guru seni lakon tetapi bingai dari netizen.

Itulah yang ditulis oleh Iqram Dinzly berkenaan hal ini.

Suami kepada Mona Allen iaitu Pekin telahpun berjumpa dengan Iqram Dinzly, namun sehingga kini masih belum diketahui isi kandungan pertemuaan berkenaan. Pekin hanya menulis bahasa dia dan Iqram berjumpa dan berbicara sebagai seorang lelaki.

Sehingga kini, Mona Allen menyatakan dia berharap akan cepat tamat untuk berlakon dalam drama berkenaan. Mona mengatakan dirinya ketika ini okey saja dan dalam keadaan yang baik. Penggambaran drama ini akan berakhir sekitar 8 hari bulan Mac ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Iqram Dinzly

Be the first to comment on "“Lupa Kubur Ke?”- Iqram Dinzly Terasa, Beng4ng Dengan Fauziah Nawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*