“Tak Mengid4m Pun…”-Dalam Diam Raja Ilya Hamil Lima Bulan

SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya berkongsi berita gembira dirinya kini hamil lima bulan.

Berkongsi berita gembira itu, Ilya yang kini menetap di Australia meluahkan rasa teruja kerana sudah lama menyimpan rahsia kehamilannya.

“Dah lama saya simpan berita ini. Tapi tunggu masa sesuai untuk umumkan kepada semua.

“Rasanya inilah masa sesuai. Saya rancang untuk berkongsi hujung Februari lalu, tapi ketika itu badan tak berapa sihat,” katanya kepada mStar.

Lebih menggembirakan apabila anak dalam kandungannya dijangka dilahirkan sekitar Julai depan iaitu hampir dengan ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa … Kami happy sangat dekat sini , walaupun hati tu rindu nak balik MALAYSIA, balik Ipoh jumpa keluarga”

“Rindu nak shooting jumpa kawan kawan ,Honestly rasa kebunan rindu tu lebih dari kebunan nak makan time mengandung ni .”tulisnya.

Tambahnya lagi, dia juga meminta tips untuk melahirkan nanti.

“Memandangkan ilya akan bersalin dekat Australia ,ilya harap ramai Boleh share tips dekat ilya ok”

“One thing ilya experience dalam 5 bulan ni “it’s Hard” bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu, phewww.. tapi in the same time,rasa excited and bersyukur.” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“Kalau cukup bulan dan hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya.

“Memang rasa seronok dan teruja kerana telah lama kami menantikan kehadiran cahaya mata,” ujarnya.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas berkahwin Ilya dan suami menetap di Australia sejak 2019.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ilya turut meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.

“Rasa untuk balik Malaysia lebih lagi berbanding mengindam nak makan macam-macam di sini (Australia).

“Saya akan bersalin di sini dan jika keadaan mengizinkan nanti pastinya saya akan balik ke Malaysia bawa baby kami,” jelasnya.

Sehubungan itu, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah di atas berita gembira tentang kehamilan Raja Ilya yang kini berusia lima bulan sudah. Ada yang turut mendoakannya agar dipermudahkan urusan untuk melahirkan nanti.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Raja Ilya

Be the first to comment on "“Tak Mengid4m Pun…”-Dalam Diam Raja Ilya Hamil Lima Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*