Faezah Ilai Mengaku Dia Ibu Tiri! Terpaksa Buka Cerita Ibu Kandung Dengan Anak Tiri

Ibu tiri berhak dihargai, Faezah Elai beri nasihat kepada golongan ibu, “jangan cucuk anak suruh benci tapi hang tak jaga!”

Tugas seorang ibu tiri tidak mudah seperti yang disangka, perkara itu diluahkan pelakon, Faezah Elai yang kes.al dengan men.taliti segelintir masyarakat yang sering memandang serong status berkenaan.

Faezah yang menjaga tiga orang anak tiri daripada perkahwinan pertama suaminya, pengarah, Heykal Hanifah memberitahu golongan mereka berhak mendapat penghormatan seperti mana ibu kandung.

Jadi ibu tiri bukan satu kerja yang mudah, sering disalah erti oleh masyarakat, peranan hanya dihargai segelintir pihak.

“Jika ada sesuatu berlaku kepada anak tiri kamu akan dipersa.lahkan. Orang akan cakap duduk dengan mak tiri macam itulah mana sama duduk dengan mak sendiri. Mesti stress dengan mak tiri la tu.”

“Tetapi jika mereka berjaya, kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni, ini bukan zaman Cinderella, mak tiri buat naya kat anak tiri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faezah atau nama sebenarnya Nurul Faezah Elai berkata apa yang diperkatakan itu bukan terjadi kepada keluarganya.

Malah, tambahnya dia menghormati perasaan ibu kandung kepada anak-anak tirinya dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara tidak baik.

“Saya bukan cakap pasal hidup saya, saya bersyukur dikurniakan tiga orang anak tiri yang memahami. Ya, saya jaga mereka selepas saya berkahwin”

“Saya amat menghormati perasaan ibu mereka dan kerana itu saya tidak pernah berkongsi pendapat tentang anak tiri saya kerana bimbang ibu mereka akan marah dengan mereka”, ujarnya.

Pelakon drama Setelah Cintaku Pergi ini turut menasihatkan golongan ibu yang mempunyai anak yang dijaga ibu tiri mereka agar tidak menanamkan sikap benci dalam diri kanak-kanak itu.

“Ibu tiri berhak pendapat penghormatan yang sama diterima oleh seorang ibu, mereka mencurahkan seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang tidak mereka lahirkan “

“Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah!”

“Free your children from loyalty…beritahu mereka perlu menyayangi ibu bapa tiri mereka dan bukan cucuk anak suruh benci tetapi hang tak bela anak hang, mak tiri yang bela”

Faezah berkahwin dengan Heykal pada 9 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna. Faezah turut menjaga tiga orang nak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instagram Faezah Elai

Be the first to comment on "Faezah Ilai Mengaku Dia Ibu Tiri! Terpaksa Buka Cerita Ibu Kandung Dengan Anak Tiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*