Enam kawasan di ibu negara dilaporkan mengalami banjir kilat pada petang Isnin, lapor Astro Awani menerusi ciapan Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) laman Twitter sebentar tadi.
Kawasan tersebut melibatkan Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.
1550 :
Berhati-hati ketika memandu. Banjir kilat di sekitar Pusat Bandar.
Terowong Tabung Haji
Terowong Chan Sow Lin
Jalan Pudu
Jalan Sri Pemaisuri
Jalan Tun Razak
Jalan Pahang#kltu— ITIS DBKL (@ITIS_TRAFIK) March 7, 2022
Malah, warganet di laman Facebook dan Twitter turut berkongsi perkembangan terkini dengan memuat naik pelbagai foto dan video memaparkan keadaan banjir di kawasan terbabit.
View from Wisma UOA#KLBanjir pic.twitter.com/LLnAuIVe35
— Hakuna Matata🦁 (@amalhisyams) March 7, 2022
Selain itu, Trafik Radio Astro juga melaporkan banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang berikutan hujan lebat sejak tengah hari tadi.
Flash floods have been reported in several parts of the Klang Valley following heavy rain this afternoon.
Motorists are advised to be careful.
Follow our traffic reports at @astrotraffic for the latest updates.
Images via social media pic.twitter.com/St1PpvGfIh
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) March 7, 2022
Sementara itu, Pusat Kawalan SMART menerusi Twitter memaklumkan Air Sungai Klang dan Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang, Kampung Berembang di ibu negara.
Air Sg. Klang/Sg. Ampang telah delencongkan ke Kolam Takungan Berembang.
Mode 2 telah diaktifkan pada jam 1558hrs.
Kadar alir di pertemuan dua sungai tersebut adalah 70.00 cumecs. @ Pusat Kawalan SMART JPS https://t.co/CaZVxzHIZ5
— Pusat Kawalan SMART JPS (@jps_smart) March 7, 2022
Difahamkan, pihak Astro Awani sedang berusaha bagi mendapatkan perkembangan terkini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berhubung situasi banjir berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : Astro Awani (Fareez Azman) , Twitter , Facebook
Be the first to comment on "Hujan lebat, enam kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat"