Impian musnah… gadis pergi selamanya 2 bulan selepas kemat1an kekasih, Lebih Trag1s Punca Kemati4n Keduanya Adalah Dengan Cara Yang Sama!

“THE real cinta sampai m4ti”

Begitulah ayat yang ditulis gadis ini pada video yang dimuat naik menceritakan semula mengenai kem4tian adiknya, Hanis Nuraishah Nasuha, 22, selepas dua bulan meratapi pemergian kekasihnya, Muhammad Hakimi akibat kema.langan jalan raya.

Menurut Izzatul Khalida Nasuha, 25 pasangan ini dikatakan bakal bertunang pada April 2021 setelah empat tahun tempoh perkenalan, namun tidak kesampaian kerana Muhammad Hakimi telah menemui aj.al pada Mei 2021 sebulan selepas ko.ma akibat kecede.raan par.ah terbabit dalam kem.alangan jalan raya.

Namun, apa yang berlaku dalam tempoh selepas kemala.ngan Hakimi dan seterusnya kem4tian Hanis ini diceritakan semula oleh kakak Hanis yang senang disapa Suha.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ketika dihubungi mStar, jelas Suha yang berasal dari Temerloh, Pahang, pengalaman yang dilaluinya telah memberi impak yang penuh emosi buat dirinya.

“Sepatutnya mereka dah rancang nak bertunang bulan April tahun lalu. Tapi tunang adik, Hakimi kema.langan jalan raya. Dia tak sedarkan diri selama lebih sebulan sebelum meningg.al di Hospital Kuantan, Pahang.

“Dalam tempoh Hakimi ko.ma sampailah dia menin.gal, adik saya memang hari-hari tak pernah tinggal untuk bercerita pada arw.ah mengenai apa yang telah berlaku.

“Apa jadi, apa yang dia buat dan semua masalah dia akan hantar ke WhatsApp Hakimi. Semua dia luah di ruangan chat perbualan mereka walaupun tak berbalas sebab orang tu dah tak ada,” ujar Suha.

Suha (kanan) adalah kakak paling rapat dengan Hanis dalam keluarga.

Bercerita lanjut, Suha mendapat tahu mengenai perbualan di aplikasi WhatsApp milik adiknya ini sejurus selepas kem4tian Hanis.

Ujar gadis ini yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik, adiknya telah meninggal dunia dua bulan selepas arwah Hakimi selamat dikeb.umikan iaitu pada 14 Julai 2021.

Lebih tragis lagi, Hanis mening.gal dunia di hari lahirnya dengan cara yang sama seperti kekasihnya iaitu kemalangan jalan raya.

 

Sebelum adik saya menin.ggal, banyak juga tanda-tanda dia tunjuk, tapi kami sekeluarga anggap benda tu biasa saja.

NASUHA

“Adik saya menin.ggal akibat kemala.ngan jatuh jurang ketika dalam perjalanan balik rumah. Memang tra.gis sebab kami sekeluarga di rumah tunggu dia balik dan dah buat persiapan untuk sambut birthday dia.

“Lepas kem4tian adik, baru saya jumpa semua WhatApps tu dalam telefon dia. Sebelum ni memang tak pernah geledah pun hal peribadi dia. Saya boleh buka lock phone dia sebab dua hari sebelum mening.gal dia bagi semua password account privasi dekat adik nombor lima. Dia cakap ‘Ambillah password semua ni, akak takut nanti akak dah tak ada tak sempat nak bagi’.

“Cuma pelik sikitlah sebab adik saya sempat padam semua chat semasa mereka hidup lagi. Yang tinggal cuma chat dia hantar daripada Hakimi ko.ma sehingga mening.gal je,” katanya.

Berkenaan kem4tian Hanis yang merupakan anak nombor lima dalam keluarga, Suha menceritakan bahawa adiknya ini telah menunjukkan banyak tanda-tanda yang dia akan ‘pergi’ tetapi dianggap perkara biasa oleh keluarganya.

Imbas Suha yang kini menetap di Kota Damansara, Selangor, Hanis merupakan anak perempuan yang paling rapat dengan bapa mereka sehingga boleh melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki.

Oleh yang demikian, pemergian arwah memberikan kesan mendalam kepada keluarga kerana sikap ringan tulangnya yang suka membantu ahli keluarga lain.

Hanis telah meninggal dunia akibat jatuh ke dalam gaung semasa hari lahirnya.

“Sebelum adik saya meni.nggal, banyak juga tanda-tanda dia tunjuk, tapi kami sekeluarga anggap benda tu biasa saja. Dalam 44 hari sebelum dia mening.gal, Hanis ada pergi lawat kubur arwah atuk, nenek dan pakcik. Saya jumpa video tu dalam phone dia. Dia menangis sambil belai batu nisan mereka.

“Sehari sebelum menin.ggal, dia ada bancuhkan air milo untuk adik bongsu siap cakap ‘baby minumlah air akak buat ni. Ni air last akak buat untuk baby’. Itu pun kami masih tak sedar kenapa dia cakap macam tu.

“Hanis ni rapat dengan semua orang dalam keluarga. Tapi paling rapat dengan abah sebab arwah ni rajin. Dia yang uruskan semua kerbau abah sampaikan dia pun ada ternak lembu sendiri. Kerja-kerja lelaki macam bertukang, baiki peralatan rosak dan tampal atap bocor pun boleh. Jadi bila Hanis menin.ggal, kami dah macam hilang tempat bergantung,” jelas Suha.

Mengenai video yang menjadi tular, Suha pada asalnya mahu mencari semula keluarga terdekat Hakimi melalui platform media sosial.

Jelas Suha yang bekerja sendiri, keluarga Hakimi masih tidak tahu tentang kem4tian adiknya akibat kemalangan jatuh gaung.

“Kami tak tahu Hanis dan Hakimi ada hubungan sampailah mereka menin.ggal. Kami jumpa semuanya dalam galeri and WhatsApps dia saja. Tak pasti kenapa dia rahsiakan hubungan ni mungkin sebab ibu dan abah kami ni strict dan dia rasa dia masih muda lagi.

Tangkap layar antara perbualan Hanis yang dihantar kepada Hakimi.

“Apa yang saya tahu sepatutnya April 2021 tulah Hakimi nak datang merisik and jumpa keluarga. Tapi dia meninggal bulan Mei 2021. Apa yang kami nampak memang Hanis rapat dengan family arwah Hakimi. Cuma kami sekeluarga je yang tak tahu mereka dah bercinta selama empat tahun.

“Jadi sampai sekarang family Hakimi mungkin tak tahu yang adik saya dah meninggal. Kami dah cuba untuk tanya orang sekeliling pasal arwah Hakimi tapi tak berjaya. Tapi kami cuma berharap dapat jumpa family Hakimi. Hanis terlalu berahsia sampaikan semua yang berkait dengan Hakimi dan keluarga dia dah padam tapi mereka berhak tahu pasal adik saya,” jelasnya menutupi kisah cukup sadis adiknya ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Impian musnah… gadis pergi selamanya 2 bulan selepas kemat1an kekasih, Lebih Trag1s Punca Kemati4n Keduanya Adalah Dengan Cara Yang Sama!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*