Trofi AJL36 milik Sekumpulan Orang Gila

KUALA LUMPUR : Menepati ramalan, lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan kumpulan SOG, Raja Nazrin Syah dan Fazleena Hishamuddin selaku penulis lirik membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim dan nyanyian Marsha Milan sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli ciptaannya bersama Datuk A Aida sekali gus menyaksikan perkongsian hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sepi ciptaan sepenuhnya oleh Aina, dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik yang menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence bersama trofi.

Selain itu, Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret dimenangi oleh Aina Abdul dan Khai Bahar yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

AJL36 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pengacara bersama manakala Sissy Iman dan Sean Lee sebagai hos karpet merah.

Mengetengahkan tema Ini Rentak Kita, malam kemuncak AJL35 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Mas Idayu dengan lagu berjudul Bolehlah Boleh, Datuk Jamal Abdillah dengan lagu berjudul Samrah Mentari ,Ayda Jebat menerusi lagu Pencuri Hati dan kumpulan Cassia.

Dayang Nurfaizah juga membuat kemunculan istimewa di pentas AJL36 kali ini dengan membawakan lagu khas Noir yang menjadi penaja utama acara pada malam tadi.

Segmen interlude menyaksikan persembahan yang bertenaga daripada kumpulan rock legenda, Wings menerusi lagu berjudul Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Harapan, Opera Hidup

Edisi ke-35 telah diadili oleh barisan juri Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.

Untuk info, tahun ini menyaksikan penganjuran AJL dengan dihadiri oleh seramai 200 penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan dan sorakan di dewan.

Penganjuran juga dilakukan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Trofi AJL36 milik Sekumpulan Orang Gila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*