Kecoh Sangat Anuar Zain G4y! Kali Ini Dia Peluk Bini Syafiq Rahim

Sesiapa yang melihat gambar ini pasti kecewa manakan tidak artis pujaan ramai gadis dan wanita di luar sana yang sememangnya tergila-gilakan Anuar Zain dilihat begitu mesra dengan kapsyen yang menunjukkan mereka bukan sekadar artis dan peminat di dalam satu gambar yang pernah dimuatnaik.

Wanita yang dimaksudkan adalah Zandra Hakimi telah mengundang rasa cemburu ramai pihak. Dia merupakan salah seorang pemain bowling kebangsaan yang memang tidak dinafikan kejelitaannya seperti wajah artis Korea.

Difahamkan pula selepas wanita tersebut memuat naik gambar mesranya bersama Anuar Zain dengan kapsyen bertulis, “Lelaki ini, abang saya” telah mengundang amarah kekasih yang kini suami iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim.

Disebabkan tidak mahu bergaduh, Zandra kemudian telah memadamkan gambar tersebut selepas beberapa jam dimuatnaik. Ada juga pihak yang berkata bahawa Zandra sebenarnya inginkan publisiti murahan kerana kurang popular berbanding Safiq Rahim.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.

“Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.

“Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.

“Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun,” jelasnya.

Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setelah sekian lama bercinta, pemain bola sepak tersebut telah selamat bergelar suami kepada Zandra dengan sekali lafaz. Mereka disatukan dalam majlis sederhana di Kajang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Kecoh Sangat Anuar Zain G4y! Kali Ini Dia Peluk Bini Syafiq Rahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*