Mata Atas Pentas AJL36, Persembahan Shiha Zikir, Noki Ditvduh Angkat Unsur Sy1rik!

Gara-gara menggabungkan elemen api dan silap mata, persembahan penyanyi Shiha Zikir dan Noki menerusi lagu AEWO di malam Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) did4kwa membawa unsur sy1rik.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 35, berkata, apa yang ditampilkan pada malam Ahad lalu mempunyai jalan cerita yang sama dengan muzik video lagu berkenaan.

Malah, katanya, pihak penganjur sudah menapis semua persembahan sebelum bertanding di pentas AJL36 agar tidak melampau batas atau menyentuh sens1tiviti mana-mana pihak

“Tak mungkin pihak TV3 dan team saya membenarkan buat persembahan seperti yang did4kwa.

“Lagu ini ada jalan cerita sendiri seperti yang saya tampilkan dalam muzik video. Pengajaran di hujungnya adalah jangan lakukan amalan yang tidak betul.

“Kebetulan ada orang melihat persembahan saya sama seperti gambar yang mengandungi unsur sy1rik. Terus saya dihent4m.

“Jika hanya melihat dari sudut negatif kita boleh jadi lupa atau tidak nampak perkara positif yang ingin disampaikan,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Shiha turut menzahirkan rasa syukur apabila semua rancangannya pada malam AJL36 itu berjalan lancar.

Tambah Shiha, dia juga bangga kerana berjaya mengatasi perasaan gayat ketika menjayakan aksi ‘terbang’ pada pembukaan persembahan mereka.

“Aksi terbang itu adalah keinginan saya sendiri. Rasa lega dapat buat begitu dan lawan perasaan gayat dalam diri saya.

“Saya tidak pernah membuat persembahan begini, jadi memang betul rasa puas segalanya berjalan lancar walau ada berlaku masalah teknikal ketika sesi rehearsal,” katanya.

Di sebalik kec4man yang diterima, ada juga meramalkan Shiha bakal membawa pulang anugerah kategori persembahan terbaik.

Namun, Shiha berkata, dia tidak berharap membawa pulang mana-mana trofi sebaliknya bersyukur layak ke pentas AJL36.

“Saya tidak meletakkan sebarang harapan kerana takut nanti kec3wa jika tidak menang anugerah tersebut.

“Walau balik dengan tangan kosong tanpa trofi, namun kami semua pulang dengan kepuasan yang sukar untuk digambarkan.

“Menang atau kalah semua itu adalah rezeki. Tuhan telah tetapkan kali ini ia bukan milik saya,” ujarnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Mata Atas Pentas AJL36, Persembahan Shiha Zikir, Noki Ditvduh Angkat Unsur Sy1rik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*