Dikec4m adik Shila Amzah, Sharnaaz Beri Respons Buat Ramai Terkejut!

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai status luahan adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah seolah merujuk kepada pelakon Sharnaaz Ahmad.

Memetik laporan Kosmo!, Sharnaaz berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut serta tidak mahu bersifat negatif.

“Hanya benda-benda positif dalam hidup saya. Yang negatif minta dalam test kit (ujian kendiri) Covid-19 sahaja.

“Saya tak berminat nak komen panjang. Saya sekarang ada kehidupan yang indah bersama yang tersayang, Jebat Jayden,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya marah dengan isu yang tercetus, Sharnaaz berkata dirinya gembira sahaja dan mengakui sudah lama tidak marah-marah.

“Tak marah aih. Gembira sahaja. Dah lama tak marah-marah ni. Kena marah ada lah dengan Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz berkata dia tidak mampu menghalang peminat untuk mendoakan tentang jodohnya namun dia percaya semua itu di tangan Allah.

Kembali pada Shila Amzah, Sharnaaz tak tolak takdir Tuhan

KUALA LUMPUR : Gara-gara terbuka memberi sokongan kepada Shila Amzah, 31, yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tempoh hari, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad,36, sedar, ramai yang mengusik manja andai wujud kemungkinan dia akan kembali bercinta dengan penyanyi tersebut.

Kata Sharnaaz, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menghalang peminat dan pengikut untuk mendoakan hal yang baik pada dirinya namun percaya, di akhirnya urusan rezeki, jodoh dan ajal itu berada di tangan Allah SWT.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja.

“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya semasa ditemui di restoran Cili Kampung, di sini, semalam.

Selain itu, ditanya mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila seperti suatu ketika dahulu, Sharnaaz ada jawapan sendiri.

“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,”katanya.

Selain itu, pelakon ini juga mengaku, selepas Shila berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias sekitar awal Februari lalu, mereka ada berhubungan menerusi telefon dan Sharnaaz banyak memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.

“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.

“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,”katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga mengaku memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu sewaktu dia membuat persembahan di AJL36.

“Tapi bukan dia seorang sajalah, rata-rata yang bertanding pada malam itu pun adalah kawan saya juga. Saya doakan kejayaan buat mereka semua. Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka.

“Sejak kami bercinta dulu, saya tahu, memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu.

“Tapi, tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya, kejayaan milik dia,”katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo Online

Be the first to comment on "Dikec4m adik Shila Amzah, Sharnaaz Beri Respons Buat Ramai Terkejut!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*