“Bukan Dunia Nyanyian Tak Bagus Tapi..”- Ini Pekerjaan Ekin Dan Yazer Selepas Lama Menyepi

Lama tidak menonjolkan diri tetapi ramai yang mengenali penyanyi Yazer Yusof yang merupakan bek4s peserta program Akademi Fantasia musim ke-3.

Ekin berniaga soto banjar

Ekin berniaga soto Banjar. Sebelum ini, dia menjadi agen penapis air Coway di samping mengukuhkan perniagaan minyak wangi, Ekradon diusahakan bersama suami, Yazer.

“Kerja menyanyi masih berjalan seperti biasa. Jika ada undangan, pasti saya tidak akan menolak. Suami masih aktif menyanyi, sesekali Yazer melepas rindu menyanyi sebagai penyanyi jalanan dan kel4b. Pada masa sama, dia bekerja tetap sebagai kontraktor di sebuah syarikat.

“Tiada apa yang nak dima.lukan buat kerja berniaga ini. Lagipun, saya mencari rezeki yang halal.

“Saya tak suka meminta atau meminjam dengan orang lain. Lepas itu, tak mampu nak bayar balik. Biar penat, asalkan usaha sendiri, nikmat juga terasa lain. Artis ke orang biasa, kita sama sahaja,” kata ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Noah.

Ekin berkata, pada saat ini, sudah lumrah apabila ramai artis berniaga.

“Alhamdulillah, rezeki berniaga inilah yang membuatkan saya dan keluarga terus menikm4ti hidup. Tiada ada apa yang perlu dikesali. Lantaklah jika ada yang nak cakap kami penyanyi sendu. Apa yang penting, kami berusaha.

“Bukan nak cakap dunia nyanyian tak bagus tapi soal rezeki dan tuah menyanyi seperti putaran hidup. Akhirnya, saya dan suami akur dan sentiasa sedar ruang diri.

“Minat menyanyi tetap ada, tak pernah terhakis. Jika ada tawaran menyanyi pun di majlis tertutup, persembahan kecil dan tidak keluar televisyen.

Sekalipun sudah dilihat bagai menyepi tanpa publ1siti, Ekin bersyukur perniagaan diusahakan mendapat sambutan.

Menurut Yazer, dia pernah ditanya oleh individu mengenai status rumah tangganya yang dikatakan sudah goyang bagaimanapun Yazer  penyanyi berasal dari Sabah itu masih isterinya dan kehidupan mereka bahagia.

Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti AF3 pada tahun 2005.

Pasangan ini berkahwin pada 26 Disember di Labuan, Sabah dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Noah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "“Bukan Dunia Nyanyian Tak Bagus Tapi..”- Ini Pekerjaan Ekin Dan Yazer Selepas Lama Menyepi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*