Ruhainies Mengandung Ke? ‘Baby Bump’ Terserlah, Ini Respon Kakaknya!

Setahun yang lalu, pelakon, Nur Risteena Munin telah selamat bergelar isteri kepada Isa Khan dalam majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Mac lepas. 

Namun Risteena masih belum selesai berkongsi kenangan manisnya itu kepada peminatnya di Instagram dan telah membanjiri beberapa koleksi foto sekitar majlis perkahwinan untuk tatapan peminat dan pengikut.

Setiap gambar yang dikongsi dilihat Risteena dan Isa begitu gembira dan bahagia di hari perkahwinan mereka. 

Bagaimanapun, terdapat satu gambar  keluarga perkongsian Risteena bersama ibu dan adik-beradiknya di atas pelamin telah menarik minat dan perhatian wargamaya.

Rata-ratanya memberi komen menegnai adik Risteena iaitu Ruhainies yang disangkakan sedang mengandung. Gara-gara bahagian perutnya dilihat seperti sedikit buncit, beberapa individu bertindak mempersoalkan keadaan perut Ruhainies yang seolah-olah kelihatan hamil sehingga si kakak terpaksa membalas respond terhadap mereka.

“Jangan tanya soalan macam orang tak pergi sekolah”, tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang sempat memberi ucapan tahniah bukan sahaja kepada Risteena yang baru melangsungkan perkahwinannya malah ucapan tahniah kepada Ruhainies kerana disangka mengandung.

Namun, ada juga segelintir warganet mengatakan mungkin reka bentuk busana Ruhainies dan ‘angle’ kamera menjadi antara sebab Ruhainies kelihatan seperti buncit. Ada juga sempat memberikan komen bahawa ada sesetengah orang perempuan biasanya akan kembung perut ketika datang bulan.

Ruhainies bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen mengenai gambar tersebut dan mungkin ianya hanyalah perkara kecil buatnya. Tidak ada orang sempurna dan situasi Ruhainies ini pernah juga berlaku kepada orang ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Buletin Utama Online

Be the first to comment on "Ruhainies Mengandung Ke? ‘Baby Bump’ Terserlah, Ini Respon Kakaknya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*