Ibu Kak Long Yakin Anaknya Dapat Harumkan Nama Negara Suatu Hari Nanti

KETIKA isu amukan di kedai serbaneka 7Eleven hampir reda, nama Kak Long atau Wan Nor Baizura sekali lagi menjadi perbualan gara-gara kehadirannya ke stesen TV Al Hijrah pada Isnin.

Ketika dihubungi mStar, wanita dari Terengganu yang berusia 34 tahun itu mendedahkan sudah berada di ibu negara sejak Ahad bagi memenuhi jemputan berkenaan.

Jelas Kak Long, dia peka dengan kec4man berterusan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, pihak produksi serta Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara rancangan, namun berharap ia dihentikan segera.

“Kak Long dah sampai sini pada hari Ahad… datang dengan suami, anak-anak, anak saudara dan mak. Datang untuk rakaman program semalam.

“Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kec4man berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus.

“Sudah-sudah kec4m saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya mohon netizen hentikan kec4man terhadap TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir,” ujar Kak Long.

Kak Long sekeluarga berada di ibu negara sejak Ahad.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia juga berharap namanya akan sepi daripada sebarang kec4man memandangkan bulan suci Ramadan bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

“Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kec4man bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.

Masuk TV pun orang kec4m lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long.

KAMSAH HAIZAM

IBU KAK LONG

“Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang b3nci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya,” ujar Kak Long lagi.

Sementara itu, ibu Kak Long yang dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54, turut menyeru netizen agar berhenti meng3cam anaknya memandangkan kekecoh4n yang berlaku sudah lama selesai.

Menurut peniaga pasar yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia faham situasi yang dihadapi Kak Long dan berharap ia reda dengan segera.

PU Amin (kanan) selaku pengacara program turut dikec4m netizen.

“Nak kata sedih, makcik tak sedih. Tapi Kak Long ni dia jenis tak pandai simpan benda-benda yang berlaku. Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan s4kit kepala, sebab itu dia luah.

“Makcik faham perasaan dia. Dia ibu, makcik pun ibu. Makcik sendiri pun dapat banyak mesej lepas video Kak Long viral. Hal dah selesai, kenapa nak kec4m?

“Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengec4m termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.

“Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Tak apalah, makcik nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang memahami. Yang kec4m tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah,” ujarnya.

Kak Long bersama anak-anaknya.

Menurut Kamsiah lagi, dia juga beranggapan tidak salah anak sulungnya itu dijemput untuk muncul dalam rancangan TV.

“Masuk TV pun orang kec4m lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan.

“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,” ujarnya mengakhiri bicara.

Untuk rekod, nama Kak Long panas baru-baru ini apabila tular video amukannya di kedai 7Eleven dan restoran makanan segera KFC.

Biarpun sudah berulang kali memohon maaf dengan linangan air mata, sebilangan netizen masih tidak berhenti mengecam sehingga mengganggu emosi Kak Long sekeluarga.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ibu Kak Long Yakin Anaknya Dapat Harumkan Nama Negara Suatu Hari Nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*