Kak Long 7E Dijemput Stesen TV Al-Hijrah Tapi Lain Pula Yang Jadi

Kisah ‘amukan’ seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long, di sebuah kedai serbaneka 7Eleven masih lagi hangat diperkatakan netizen sehingga ke hari ini.

Bermula dengan isv mengamvk gara-gara cuba mempertahankan anak lelakinya yang ditvduh mencvri di 7E sehinggalah perlakuan bi4dap di KFC, Kak Long terus menjadi sasaran kebenc1an warganet.

Meskipun telah membuat permohonan maaf terbuka, ia masih tidak menghentikan kebenc1an warganet atas ‘amukan’ yang dilakukan oleh wanita itu.

Semalam, gambar Kak Long 7E dimuatnaik oleh bekas peserta program Pencetus Ummah 2015, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin, sebagai tetamu jemputan salah satu program TV Alhijrah.

‘Spotlight’ yang telah diberikan kepada Kak Long ini sekaligus mencetvskan kemarahan di kalangan netizen.

Dah takda konten sangat ke nak buat?

Kecoh di laman Twitter, ciapan yang dikendalikan oleh Muhammad Syarafi ini mempersoalkan TV Alhijrah dianggap kekurangan perkongsian lebih berilmiah yang mahu dikongsikan kepada penonton.

Didalam ciapan itu, tindakan rangkaian televisyen TV Alhijrah menjemput Kak Long 7E, dikatakan mahu mengikuti jejak langkah program Melodi yang hanya mementingkan populariti semata-mata.

Rata-rata netizen mengatakan tindakan TV Alhijrah itu untuk raih rating dengan melakukan publisiti murahan seperti menjemput figura yang sudah menunjukkan contoh yang tidak harus diikuti.

Menjengah ke ruangan ciapan, terdapat warganet yang mengatakan hanya di Malaysia sahaja merupakan platform untuk kelompok yang bermasalah moral berbanding individu yang menegakkan kebenaran.

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa netizen meluahkan rasa kesal dengan perkembangan industri hiburan di Malaysia sekiranya pihak produksi masih lagi mengejar publisiti murahan.

Difahamkan, posting asal yang dimuat naik oleh PU Amin sudah dipadam di laman Facebook beliau sebaik sahaja mendapat kecaman dan kritikan oleh pengguna platform itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Twitter @RafiCounsel

 

Be the first to comment on "Kak Long 7E Dijemput Stesen TV Al-Hijrah Tapi Lain Pula Yang Jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*