“Tak Ada Hubungan Yang Sempurna, Turunkan Ego Dan Mula Menghargai,” – Mia Ahmad Luah Rasa

Pelakon, Mia Ahmad meluahkan perasaan sedih apabila mengenang kembali perbuatan yang pernah dilakukannya sebagai anak, sebelum ini.

Akui Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, terlalu banyak dosa terhadap kedua orang tua dan dia kesal dengan segala kesilapan yang pernah dilakukannya itu.

“My beautiful mom. Dia cakap how regret she is sebab dulu dia sibuk sangat kerja dan lupa akan tanggungjawab pada anak-anak.

“Nak nangis sebab kami anak-anak pun terlalu banyak dosa pada ayah dan mak,” luahnya.

Kini, Mia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menebus segala kesilapan sekaligus cuba berbakti kembali kepada dua orang tuanya.

Di samping menzahirkan rasa sayang, pelakon berusia 34 tahun ini turut menasihati semua untuk sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa masing-masing.

“Jadi sekarang ni kami sama-sama qada’ kasih sayang towards each other . It is never too late. Syukur ya Allah hadirkan rasa ini buat kami.

“Tak ada hubungan yang sempurna. Turunkan ego dan mula menghargai. Love you so much mak,” tulisnya.

“P/s : mak saya tak berapa sihat, minta semua doakan kesembuhan mak saya ya,” tulisnya lagi menerusi entri yang sama.

Sekadar informasi, Mia telah dilahirkan pada tanggal 22 Februari 1988, di Taiping, Perak.

Siapa Mia Ahmad? Samihah Ahmad Baderi atau nama popularnya, Mia Ahmad merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau mula mendapat perhatian menerusi peranan watak ‘Yuhanis’ yang dibawa dalam drama bersiri Hati Perempuan siaran TV3.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Samihah binti Ahmad Baderi.

Menggunakan nama komersial, Mia Ahmad.

Kelahiran Taiping, Perak pada 22 Februari 1988.

Berumur 32 tahun (2020)

Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2012 sebagai seorang pelakon, model dan duta produk.

Antara drama dibintanginya seperti Putih Pasir Pantai, Rindu Awak 200%, Hati Perempuan, Mr. Boss Miss Stalker, Jejak Karmila dan Sara Kirana.

Termasuk telefilem Papa Yibbie, Selempang Kuning, Atie Setan, Badai Cintamu, Husin Peninglah, Cinta 3 Rasa, Kasih Seorang Ayah dan banyak lagi.

Pembabitannya di layar perak menerusi filem Superbike The Movie, Jibam dan Siapa tu.

Berkahwin dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan sehingga kini hasil perkongsian hidup mereka dilengkapi dua orang anak iaitu Sayf Issa (lahir 28 September 2018) dan Iris (lahir 18 Jun 2020).

Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @mia.ahm4d sehingga kini mempunyai lebih 877,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak keempat daripada lima orang adik-beradik.

Berketinggian 163 sentimeter (cm).

Keluarganya merupakan warisan Perak dengan keturunan jauh Pattani.

Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Treacher Methodist Girls School.

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia X dan Emirates Airline selama empat tahun sebelum berjinak-jinak dalam bidang peragaan dan iklan televisyen.

Antara iklan yang pernah dijayakannya termasuk produk Oral B dan Nestle Nan Grow.

Pernah muncul dalam muzik video Takkan Pergi nyanyian kumpulan Hyper Act terbitan 2015.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :OMM

Be the first to comment on "“Tak Ada Hubungan Yang Sempurna, Turunkan Ego Dan Mula Menghargai,” – Mia Ahmad Luah Rasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*