Bung Cerai Isteri Pertama Akhirnya Zizie Ezzete Dapat Gelaran Datin!

PASANGAN aktres jelita Zizie Ezette dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin yang digosipkan sudah berkahwin telah pun mengesahkan tentang berita baik itu pada 20 Disember 2009.

Gosip tentang pernikahan itu mula menjadi perbualan hangat di kalangan ahli parlimen pada pertengahan Disember 2009.

Pada 2011, Zizie akhirnya dikurniakan gelaran Datin selepas Bung Mokhtar mencera1kan isteri pertamanya, Nor Asidah Alimudin. Pencera1an dikatakan berpunca kerana Bung Mokhtar mungkir janji untuk tidak menghebahkan perkahwinannya bersama Zizie.

Namun, perkahwinan Bung mokhtar dan Zizie Ezzete menjadi isv besar negara sekitar penghujung 2009 yang lalu, dan Nor Asidah Alimudin menganggap ia sebagai mungkir janji.

Walau bagaimanapun, aktres berbakat ini masih terbuka untuk menjawab beberapa soalan yang diutarakan selepas membina rumahtangganya itu.

Di dalam satu temubual bersama media hiburan tempatan, Zizie berkata bahawa kebahagiaan dan ketenangan yang dicari-cari selama ini akhirnya dijumpai.

“Dia (Bung) seorang yang kelakar, bertanggungjawab dan yang penting jujur menyayangi saya,” luahnya penuh syukur ketika dihubung.

Dalam masa yang sama, Zizie berkata cukuplah mereka sudah mengaku tentang perkahwinan rahsia itu. Katanya lagi, tidak perlulah semua orang mengetahui lebih lanjut tentang perkahwinan itu.

“Saya tak akan buat sidang media…semua orang sudah tahu tentang pernikahan saya, jadi buat apa nak buat sidang media lagi kan?

“Yang penting saya dah selamat bernikah,” ulasnya lagi.

Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa cakap berlapik kerana risau  dan takut akan meny1nggung perasaan beberapa pihak.

Sama seperti Bung, beliau juga berkata akan mengumumkan mengenai berita baik itu apabila tiba masa yang sesuai kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak.

Bagaimanapun ramai yang mempercayai bahawa ‘banyak pihak’ yang dimaksudkan oleh Bung Mokhtar itu merujuk kepada keluarganya yang sedia ada terutamanya isteri pertama beliau, Datin Nor Asidah Alimuddin.

Ketika ditanya bagaimanakah hubungan Zizie dengan isteri pertama Bung iaitu Datin Nor Asidah, aktres putih gebu itu enggan memberikan komen sama ada pernah berjumpa atau tidak dengan wanita itu.

“Cukuplah saya katakan dia (Datin Nor Asidah) merupakan seorang wanita yang sangat-sangat baik di mata saya,” beritahu Zizie sejujurnya.

Pada 16 Disember lalu, Bung turut menafikan tentang majlis resepsi perkahwinan yang dikatakan telah diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube

Be the first to comment on "Bung Cerai Isteri Pertama Akhirnya Zizie Ezzete Dapat Gelaran Datin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*