Rupanya Bapa Hawa Rizwana Orang Kenamaan? Jom Kenali Personaliti Cantik Ini!

Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-2018) dan kini merupakan penyampai Buletin Utama di TV3. Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.

Bukan bergantung kepada kabel 

“Mereka (warganet) tak tahu pun kesusahan kami, yang mereka tahu hanyalah mengkritik,” kata pelakon yang juga pembaca berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24.

Terdahulu,Hawa menzahirkan kekecewaan sebaik dit0hmahandilemp4rkan kononnya dia mendapat pekerjaan itu menggunakan ‘kabel’ iaitu bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Saya tegaskan kabel saya bukan bapa tetapi Allah. Tudvhan dilemparkan warganet sangat melampau dan menyakitkan hati,” katanya.

Hawa yang memiliki raut wajah persis Neelofa berkata, warganet tidak memahami kesusahan dirinya yang bertungkus lumus mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) di UiTM.

“Sewaktu menjalani latihan praktikal bersama Media Prima pada Mac 2017, resume saya dihantar oleh pensyarah bukan bapa. Tolong jangan kaitkan bapa dalam hal ini dan membuatkan kami bersedih,” katanya.

Katanya, bapanya sentiasa berpesan supaya berusaha sendiri sekiranya mahu mendapatkan pekerjaan.

“Bakat saya dikesan pihak pengurusan Media Prima selepas tamat praktikal Jun 2017. Mereka menawarkan kerja sebagai wartawan dan pembaca berita di TV9.

“Alhamdulillah, saya beralih sebagai pembaca berita Buletin Utama pada 1 Januari lalu dan ia disebabkan bakat bukannya kabel,” katanya.

Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, dia bersedih sekiranya orang ramai memfitnah bapanya.

“Kepada graduan di luar sana yang masih tiada pekerjaan, saya doakan semoga dimurahkan rezeki oleh Allah. Saya percaya Allah Maha Adil dan sentiasa membuka peluang buat semua hamba-Nya,” katanya.

Kenali Siapa Bapanya

Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman merupakan bekas pengacara TV terkenal dan kini pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Dia juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Uitm Perlis.

Fakta Menarik Hawa Rizwana

  • Pernah mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran menerusi program Wanita Hari Ini (WHI).
  • Dalam bidang tarian, beliau pernah mewakili negara untuk sebuah persembahan di Hungary. Turut menduduki tangga kedua di Festa Mukal peringkat antarabangsa yang berlangsung di Labuan.
  • Hobinya melukis khususnya berkaitan fesyen baju, menari, memasak, membaca buku dan menaiki basikal.
  • Meminati Neelofa kerana beranggapan selebriti itu bukan sahaja berkarisma, malah bijak dalam bidang keusahawanan
  • Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan sekksyen 9 Shah Alam, SM Sains Muar dan asasi undang-undang UiTM Shah Alam
  • Berkelulusan Sarjana Muda Kewartawanan daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.
  • Lahir di Illinois, Amerika Syarikat pada 7 September 1995
  • Berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh.

Dua syarat seorang ayah

Menyentuh tentang status dirinya, Hawa berkata, hatinya masih belum lagi dimiliki mana-mana lelaki dan belum terfikir untuk memiliki seseorang yang bergelar kekasih dalam hatinya.

Hawa turut mengakui, masih tiada cinta lelaki di hatinya. Dia juga tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini.

Pada waktu sekarang ditambah pula dengan situasi C0vid-19, tiada keperluan untuk Hawa menjalin cinta dan hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Saya sangat dahagakan pengalaman (kerja). Lagi pun saya memang tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki itu adalah,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Cuba mengusik untuk mengetahui ciri-ciri lelaki idaman yang dicari. Hawa sambil ketawa memberitahu, bapanya telah meletakkan dua syarat jika ada lelaki ingin menyunting puteri kesayangannya.

“Ayah bagi dua syarat. Pertama lelaki yang bangun solat Subuh sebab kalau dia bangun solat Subuh, insya-Allah solat lain akan terjaga. Yang kedua, lelaki yang tidak merokok.

“Saya secara peribadi inginkan bakal suami yang boleh menerima saya ketika susah dan senang, semasa sak1t atau sihat, memahami dan boleh menenangkan saya ketika dalam kegelisahan.

Beauty with Brain 

Bergelar sebagai seorang penyampai berita dan dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Komunikasi Massa, sudah tentu bukan satu perkara mudah. Namun begitu, gadis ini berjaya mendapat keputusan cemerlang dan sekali gus menerima anugerah dekan dengan keputusan 4.00 pointer dalam semester pertamanya.

Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur walaupun sebenarnya hampir pernah berputus asa untuk meneruskan pengajian.

Menurut Hawa, dia pernah berasa tertek4n untuk fokus dalam dua bidang iaitu sebagai akademik dan karier sepenuh masa kerana berge.lut dengan jadual kerja yang padat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo Online!

Be the first to comment on "Rupanya Bapa Hawa Rizwana Orang Kenamaan? Jom Kenali Personaliti Cantik Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*