Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Driver Isteri Shuk Sahar Jadi Tanda Tanya

Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Setiap kehidupan yang dilalui sudah pasti terselit kelemahan masing-masing namun pasangan itu perlulah menepiskan eg0 untuk kesejahteraan dan keharmonian terus kekal berpanjangan.

Kemelvt rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah dan terus menjadi perhatian warga maya apabila liku kehidupan mereka seperti tiada kesudahan.

Baru-baru ini situasi getir telah berlaku kepada Shuk sehingga dia bertind4k untuk menjual rumah banglo mewah miliknya dengan harga RM1.2 juta untuk menampung kos sara hidup.

Rumah dah ada pembeli

“Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan,” kata pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar yang mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang.”

“Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.

Sebelum ini, isteri kepada Shuk Sahar yang dikenali sebagai Rossa Sera mended4hkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak tersebut dan nekad untuk memfailkan perceraian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓡𝓸𝓼𝓼𝓪 𝓢𝓮𝓻𝓪 🌹 (@rossa.sera)

Sera dilihat keluar pejabat agama 

Terbaru, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilihat hadir ke sebuah bangunan dipercayai mahk4mah menerusi satu video dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Video berkenaan memaparkan dia mengenakan busana serba hitam sebelum keluar dari bangunan itu sambil memegang fail dokumen dan menuju masuk ke dalam kereta.

@rossa.sera 🍂😊 #fyp #ytjtab ♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

Bagaimanapun, mata netizen lebih tertumpu dengan kelibat seorang lelaki yang berada di tempat duduk pemandu sekali gus menimbulkan persoalan ramai berhubung gerangan individu terbabit.

Video berdurasi 16 saat itu meraih 628,000 tontonan dan ratusan komen netizen dimana rata-rata mempersoalkan adakah Shuk yang menemani isterinya ke lokasi tersebut.

@rossa.sera betul x guys? 🤪 #justforfun #jgnseriussgt ♬ Ajarkan Aku.. Arvian Dwi – 🅰️RVIAN

Sekiranya benar, segelintir netizen berkongsi kekecew4an apatah lagi Sera sudah banyak kali dicvrangi tetapi memilih untuk bertahan dengan sikap suaminya.

Namun begitu, ada juga individu mengambil sudut positif dengan meluahkan kesyukuran jika pasangan itu sudah mengambil keputusan untuk berbaik semula demi anak-anak yang masih kecil.

Kalau dah berbaik pun, tak perlu masuk campur

Terdahulu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar didakwa beberapa kali ‘kant0i’ berlaku cvrang dengan seorang wanita namun telah mengakui kesilapannya.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu NurQurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Tiktok Rossa Serra

Be the first to comment on "Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Driver Isteri Shuk Sahar Jadi Tanda Tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*