“Mimi Lana Dah Nak Kahwin? I don’t give a da*n” – Ini Respons Syafiq Kyle

Banyak desas-desus mendakwa hubungan percintaannya dengan aktres Mimi Lana sudah berakhir.

Pelakon Syafiq Kyle bagaimanapun enggan melayan gosip atau pertanyaan mengenai status hubungan mereka.

Kredit foto: IG

“Kadang-kadang kalau jadi macam ni, bukan saya tak nak jawab tapi saya jadi malu. Saya segan. Kita bukan bercinta umur 12 tahun. Esok lusa nak kahwin dah ni, lepas tu nak layan benda-benda macam tu lagi.

“Mungkin lima tahun lepas saya boleh layan benda macam ni tapi sekarang dia jadi cringe. Tapi selagi kami berada dalam hubungan yang baik, alhamdulillah.

“Kita akan update benda yang lebih baik. Untuk benda-benda kecil tu, I don’t give a damn sebenarnya sebab benda tu buang masa saya juga,” katanya.

Kredit foto: IG

Syafiq berkata demikian apabila diminta Gempak untuk mengulas mengenai komen warganet yang mendakwa Mimi kini sudah memiliki teman lelaki baru.

“Jujurnya, fans saya tak pernah bertanyakan tentang hal perhubungan seperti ini kepada saya. Sepanjang saya mengenali mereka, mereka hanya nak tahu benda-benda yang saya buat dari segi karier.

“Saya berharap agar peminat dapat mendoakan kelancaran karier saya supaya ia memudahkan saya untuk menyusun perancangan seterusnya (kahwin) pada masa akan datang,” tutup Syafiq,” ujarnya.

Kredit foto: IG

Takkan fans Syafiq langsung tidak tertanya-tanya mengenai perihal percintaannya?

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Cari

Be the first to comment on "“Mimi Lana Dah Nak Kahwin? I don’t give a da*n” – Ini Respons Syafiq Kyle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*