Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meningg4l Dunia Seminggu Tak Makan

Seorang wanita di Tokyo dijatuhi hukvman penj4ra selama lapan tahun oleh Mahkamah Daerah Tokyo gara-gara sanggup mengabaikan anak perempuannya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak mal5ng itu meningg4l dunia.

Menerusi laporan Japan Today, pihak mahkamah menjatuhkan hukvman terhadap wanita berkenaan yang dikenali sebagai Saki Kakehashi selepas dia mengaku bersalah kerana meninggalkan mangsa bersendirian di rumah selama seminggu pada 2020.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut dikatakan hanya meninggalkan teh dan gula-gula untuk anak perempuannya, Noa kerana ingin menghabiskan masa bersama teman lelakinya di bandar Kagoshima selama seminggu dan menganggap anaknya itu berada dalam keadaan baik.

Sekembalinya daripada percutian bersama kekasihnya itu, Kakehashi terkejvt melihat anaknya sudah tidak bernaf4s dan terus membuat panggilan kecem4san.

Walau bagaimanapun, anak perempuannya itu disahkan meninggal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan sehingga perut m4ngsa dikatakan hampir kosong. Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat ruam di bahagian pvnggung Noa kerana lampin yang dipakai olehnya terlalu lama tidak ditukar.

Namun, pendakwa raya mendakwa bahawa Kakehashi cuba untuk menyembunyikan apa yang berlaku dengan menyapu ubat pada ruam Noa dan menukar lampin baru sebelum dia membuat panggilan kecem4san.

Dalam pada itu, pendakwa raya menyatakan bahawa wanita berkenaan menyekat anaknya itu di ruang tamu dengan sofa dan menghalang laluan ke pintu dapur. Bagaimanapun, Kakehashi menyatakan bahawa dia ingin mengelakkan Noa daripada mencederakan dirinya sendiri dengan peralatan yang ada di dapur.

Difahamkan, kanak-kanak berusia tiga tahun itu tidak dihantar ke rumah pengasuh selama lebih setahun dan mereka hanya tinggal berdua selepas wanita berkenaan bercera1 dengan bapa Noa pada 2016.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Japan Today

Be the first to comment on "Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meningg4l Dunia Seminggu Tak Makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*