Kak KM Izin Anak-anak Mer0k0k Buat Netizen Tak Senang Duduk!

NAMA usahawan jamu Liana Rosli sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular video dia membenarkan anak perempuannya menghisap rokok.

Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM menerima kec4man hebat dan dilabel sebagai seorang ibu yang gagal mendidik anak tentang bahaya rokok.

Mengulas tentang hal tersebut, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berkata dia masih bersikap rasional untuk tidak memberi sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lianarosli Official (@kmfavourite.testimoni)

“Saya bukannya bod0h nak beri anak hisap rokok ada tembakau.

“Dalam video tersebut anak saya hanya h1sap rokok daun tanpa tembakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam masa sama, Kak KM juga meluahkan rasa bimbang terhadap anak-anak yang mengambil barang terlar4ng itu secara sorok-sorok.

Bagi Kak KM tindakannya membenarkan anak-anaknya menghisap rokok itu sebagai satu pengajaran buat mereka.

 

Dulu-dulu ketika arwah datuk masih hidup kami selalu akan duduk bersama makan sireh dan hisap rokok tembakau

KAK KM

USAHAWAN JAMU

“Kepada ibu bapa yang kec4m itu biarkanlah kerana yang hisap rokok dalam video itu anak saya.

“Kita patut lebih risau jika anak-anak bawah umur h1sap rokok secara sorok-sorok tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Saya mahu anak rasa pengalaman hisap rokok supaya mereka tahu kesan yang akan diterima,” jelasnya.

Screen Shot 2022-03-21 at 12.31.45 PM

Kak KM hanya suka-suka bagi pengalaman merokok kepada anak.

Sementara itu, Kak KM yang juga menganggap ia sekadar aktiviti suka-suka setiap kali pulang ke kampung.

“Dulu-dulu ketika arw4h datuk masih hidup kami selalu akan duduk bersama makan sireh dan hisap r0kok tembakau.

“Ia bagaikan satu aktiviti untuk imbau semula apa yang pernah dilakukan bersama arwah dahulu,” ujarnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Kak KM Izin Anak-anak Mer0k0k Buat Netizen Tak Senang Duduk!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*