Humble Je! Terbongkar Rupanya Raja Azura Ini Adalah Kerabat Diraja Perak!

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Azura yang terkenal dengan panggilan Kak Engku. Kak Engku merupakan antara selebriti tanah air yang tidak dimamah usia walaupun hampir mencecah usia hampir 50 tahun, dia masih elihatan cantik dan bertenaga.

Mungkin salah satu sebab ialah kerana gelagatnya yang sentiasa ceria dan mencuit hati. Benarlah kata orang sentiasa merasa gembira dan bahagia membantu kita untuk kelihatan awet muda. 

“Sebenarnya, saya tak amalkan apa-apa yang khusus. Selalunya, selepas saya balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Sebelum tidur, saya amalkan rutin asas, itu sahaja. Alhamdulillah, kulit saya tidak pernah bermasalah,” katanya.

Pemilik nama sebenar YM Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin ini masih aktif dalam industri seni sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon serta penyanyi. 

Raja Azura merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian darah dengan kerabat diraja Perak. Walaupun telah bercerai pada tahun 2010, dia dilihat sentiasa tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal.

Memiliki tiga cahaya mata yang kini meningkat dewasa, dia tetap mengeratkan hubungan baik dengan suami bagi memastikan anak-anaknya tidak menjadi mangsa penceraian mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YM Raja Azura (@raja_azura)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YM Raja Azura (@raja_azura)

Kak Engku mendirikan rumahtangga bersama Adzmin Osman pada Mac 2001 sebelum berpisah pada 28 September 2010.

Terdahulu, Kak Engku pernah berkongsi bahawa dia sangat mengambil berat tentang kesihatan diri walaupun sudah berusia dan memiliki tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim, dan Puteri Mia Maizurah.

Difahamkan kini Kak Engku telah menjadikan bidang seni hanya sebagai hobi kerana sekarang dia hanya mahu memberikan fokus lebih kepada keluarganya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube

Be the first to comment on "Humble Je! Terbongkar Rupanya Raja Azura Ini Adalah Kerabat Diraja Perak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*