Kongsi Detik Cemas Murid Prasekolah Jalan Sendirian Di jalan Raya, Tapi Lain pula Yang Terjadi!

RAMAI yang cem4s malah tidak sampai hati menyaksikan satu rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan memikul beg sekolah berjalan seorang diri di jalan raya.

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan rakaman dalam sebuah kereta yang dipandu perlahan seperti mengekori kanak-kanak berkenaan dari arah belakang.

Namun, kecoh dalam kalangan netizen yang menyuarakan keb1mbangan terhadap kanak-kanak itu berjalan bersendirian sehingga mempersoalkan mengapa perakam tidak memberhentikan kereta dan menumpakannya demi keselamatan.

Bercakap kepada mStar, perakam yang hanya mahu dikenali sebagai Mastina berkata, rakaman dibuat pada pukul 11.34 pagi Selasa di Jalan Ranau-Tambunan di Ranau, Sabah.

Ketika kejadian, wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, dia sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari pekan ke rumah berdekatan di kawasan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya sedia maklum dengan keadaan kawasan di situ ada sekolah untuk budak prasekolah dan saya memang selalu pandu perlahan di kawasan itu untuk sentiasa berjaga-jaga.

“Lebih-lebih lagi keadaan jalan dekat sekolah itu lurus sebelum melalui selekoh tajam dan menurun bukit jika datang dari pekan.

“Dari jauh saya nampak dua budak, iaitu seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lagi budak lelaki berkejaran di jalan, lalu saya perlahankan kelajuan,” katanya ketika dihubungi.

Mastina berkata, terdapat kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan berhenti secara mengejut apabila murid prasekolah terbabit berlari ke arah jalan raya.

“Semua kereta berhenti bagi memberi laluan kepadanya, dan ada seorang pakcik berlari untuk menyelamatkan budak tu.

“Budak tu terus berlari menyeberang jalan. Saya pun tidak tahu kenapa pakcik tu tidak terus kejar tapi saya yakin mungkin pakcik itu terkejut dan panik.

“Selepas itu saya perlahan-lahan ikut budak perempuan tu dari belakang. Di depan ada satu simpang untuk masuk ke sebuah kampung, saya fikir dia akan masuk ke simpang itu tapi dia tetap berjalan di sepanjang jalan raya dan laluan di situ sempit, ada selekoh tajam dan berbukit,” ujarnya yang berasal dari Ranau.

budak prasekolah jalan 1 W

Sebuah kenderaan melalui selekoh tajam.

Menurut suri rumah itu, dia mempunyai alasan munasabah untuk tidak memberhentikan kereta dan menumpangkan kanak-kanak yang berusia antara lima dan enam tahun itu.

“Saya berada dalam situasi tu pun tak sampai hati nak biarkan budak tu jalan seorang diri. Tapi keadaan tak semudah yang semua bayangkan, banyak risiko lain yang lebih bahaya jika saya berhenti dan tumpangkan budak tu.

“Belakang saya ada banyak kereta lain. Saya tak nak pemandu-pemandu lain fikir saya mahu culik budak tu. Budak tu agak agresif, bimbang dia fikir saya mahu culik dia dan lari ke seberang jalan yang ada selekoh tajam dan berbukit, tak dapat jangka apa yang lalu di lorong kanan atau kenderaan di belakang kereta saya cuba memotong.

Apa pun alasan, sesibuk dan sesusah apa pun, ibu bapa dan penjaga perlu utamakan keselamatan anak-anak. Jangan kerana kesilapan, kelalaian dan rasa tidak bertanggungjawab, kita menyesal seumur hidup.

MASTINA

“Rakaman video hanya berdurasi selama 14 saat dan selepas itu pakcik kedua yang menunggang motor bersama pakcik pertama tadi kejar budak tu dan beri isyarat tangan supaya dia berhenti daripada berjalan bersendirian,” katanya sambil menambah jalan raya itu merupakan laluan utama yang menghubungkan Ranau, Tambunan dan Keningau.

Membuat rakaman sebagai bahan bukti sekiranya berlaku insiden yang tidak dingini kerana kereta tidak dilengkapi dashcam, Mastina berkata, perkongsian video itu di laman sosial bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa dan penjaga.

budak prasekolah jalan 2

Mastina memadam video tular itu setelah menerima kecaman ramai.

Tegasnya, dia mahu semua pihak memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak terutama jalan raya merupakan kawasan berlakunya kemal4ngan tanpa mengira siapa dan usia.

“Kanak-kanak seharusnya tidak dibenarkan melintas jalan raya tanpa penjaga di sampingnya. Saya bimbang dengan sekarang macam-macam boleh berlaku seperti penculikan dan r0g0l, tidak mustahil ada yang sanggup berbuat baik demi kepentingan diri sendiri.

“Apa pun alasan, sesibuk dan sesusah apa pun, ibu bapa dan penjaga perlu utamakan keselamatan anak-anak. Ingatlah, malang tidak berbau. Jangan kerana kes1lapan, kelalaian dan rasa tidak bertanggungjawab, kita menyes4l seumur hidup,” katanya yang baru mendirikan rumah tangga.

Walaupun tidak mengetahui apa yang berlaku seterusnya ketika pelajar itu meneruskan perjalanan pulang ke rumah, Mastina berharap kanak-kanak berkenaan dalam keadaan selamat.

“Semoga adik itu selamat sampai ke rumah dan selepas ini dia dipantau dengan lebih ketat oleh ibu bapa atau penjaganya agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya yang memutuskan untuk memadam video tersebut daripada aplikasi TikTok selepas menerima kec4man ramai.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Kongsi Detik Cemas Murid Prasekolah Jalan Sendirian Di jalan Raya, Tapi Lain pula Yang Terjadi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*