Uqasha Senrose dah berisi? Hamil kah.. Ini kenyataan dari tuan punya badan

Pelakon terkenal yang baru saja mendirikan rumah tangga iaitu Uqasha Senrose mendapat spotlight sejak minggu lalu, yang man aura-ura kuat menbatakan bahawa dia sedang hamil anak pertama.

Isteri kepada Kamal Adli ini menjadi tumpuan gara-gara ada satu video menunjukkan dirinya sedang berjalan sambil memegang kawasan perutnya.

Ini membuatkan ramai yang membuat andaian bahawa dia kini sedang berbadan dua.

Uqasha Senrose kini tampil memberi kenyataan tentang hal sebenarnya yang berlaku, dan menjawab persoalan sama ada dia kini memaang sedang hamil atau pun tidak.

Pelakon berumur 30 tahun ini memberitahu bahawa dirinya masih lagi belum hamil.

Uqasha trut menjelaskan bahawa ketika dia memagang perut itu, adalah disebabkan angin kuat dan meniup bajunya.

“Ketika itu, baju yang Uqasha pakai tu agak besar dan dia asyik saja terbang-terbang, ditambah baju tu macam senteng sikit. Jadi saya pun peganglah dia, saya pegang kat kawasan perut masa tu.”

Bagi Uqasha, jika ada benda yang baik, sudah tentu dia akan cerita nanti.

“Hal macam ni, sudah tentu benda yang baik, dan semestinya orang macam happy dan excited, dan orang ramai ingat Uqasha dah ada isi berbadan dua.”

Uqasha menyatakan dia dan Kamal Adli kini memang busy, dan mereka tak ada pun merancang apa-apa berkaitan cahaya mata, jika ada, itu rezeki.

“Saya tidak mahu cakap banyak-banyak tetapi sekarang ni kami berdua tengah sibuk dengan kerja. Nak cakap ada merancang pun tak juga. Apapun jika ada rezeki, adalah.”

Selain itu, Uqasha akui, badannya kini memang sedikit berisi setelah berkahwin.

“Banyak yang cakap saya sekarang ni dah nampak berisi sikit. Bukannya isi apa pun, Uqasha memang dah naik berat. Mungkin sebab sekarang ni enjoy makan banyak. Suami saya pun sama juga naik dan berisi. Sekarang ramai sangat yang tegur, jadi kena berpadalah.”

Mungkin saja tangan Uqasha tanpa sengaja memegang baju pada bahagian perutnya. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mengumumkan berita perkahwinan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Uqasha Senrose dah berisi? Hamil kah.. Ini kenyataan dari tuan punya badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*