“Dah Macam Adik Dan Kakak..”- Wajah Anak Perempuan Aleza Shadan Cur1 Perhatian Ramai

Pelakon yang popular menerusi drama Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr. Pilot, Aleza Shadan sebenarnya sudah lama membabitkan diri dalam industri seni hiburan walaupun dilihat agak terkebelakang dalam soal publisiti.

Ini kerana beliau mengakui memilih untuk tidak menggembar-gemburkan tentang kisah tentang dirinya kepada umum.

Bagi peminat melayu tempatan, wajah pelakon Aleza Shadan pastinya tidak asing lagi. Sering membawakan watak sebagai ibu, watak antagonis juga sering dibawakan dengan baik oleh figura tinggi lampai ini.

Pelakon ini juga merupakan ibu kepada dua orang anak perempuan iaitu Ellisa Haziqah dan Elliana Hazirah. Meninjau laman ig nya, seperti tidak disangka dia sudah mempunyai anak yang meningkat dewasa. Wajah anaknya Ellisa Haziqah tak tumpah raut wajah seperti ibunya telah mencur1 perhatian ramai.

Gambar-gambar ini mendapat perhatian daripada peminat. Sama cantik sama manis anak dan ibu ini. Antara komen-komen peminat :

Cantik nyeeeee lahai anak beranak ni

Wauuu…adik beradik ke ni.sebaya ja nampak.

Love sgt adik bradik ni tauuu.. kakak n adik..

Muka copy paste! Cantik nya dua beranak ni.

Macam dua beradik… Cantik sangat macam @aleza_shadan … Suka tengok sis berlakon

Mana adik mana kakak ni sis,dah macam sibling

Umum mengetaui, Pelakon hebat Aleza Shadan dan Jasmid Hamid merupakan sepupu. Aleza Shadan yang dilahirkan pada 21 November 1975 manakala Jasmid Hamid dilahirkan pada 15 September 1974.

Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Sama lawa anak dan ibu ni. Apa pun semoga semua impian dan cita-cita Ellisa dimakbulkan Allah dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : IG Aleza Shadan

Be the first to comment on "“Dah Macam Adik Dan Kakak..”- Wajah Anak Perempuan Aleza Shadan Cur1 Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*