‘Maafkan Saya, Tapi Belum Ada B4yi Lagi’ – Athisha Minta Maaf Gurauan Ibu

Disebabkan gurauan ibunya, Noor Kartini, pesohor media sosial Athisha Khan dihujani ucapan tahniah kerana disangka sedang hamil anak sulung.

Menyangkal semua dakwaan tersebut, Atisha menerusi InstaStorynya menjelaskan dirinya belum hamil seperti yang tular dalam TikTok baru-baru ini.

Kredit foto: IG Athisha

“Saya lihat video TikTok ibu saya telah membuatkan anda tertipu. Maafkan saya tetapi masih belum ada bayi (hamil) lagi,” kata adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu.

Menerusi hantaran sama, Athisha turut memuat naik tangkap layar ucapan tahniah daripada netizen kerana berita kehamilan palsu tersebut.

Beberapa hari lalu, Noor Kartini menerusi video TikToknya mengundang tanda tanya ramai apabila dia memberitahu Athisha kini berbadan dua.

“Athisha hamil, tahniah,” ujarnya.

Kredit foto: TikTok

Perkara tersebut seterusnya mengundang pelbagai reaksi positif sehingga ada yang teruja anak Neelofa iaitu Muhammad Bilal bakal mendapat ‘kawan sebaya’ tidak lama lagi.

Sebagai info, Athisha atau nama sebenarnya Noor Athisha Khan, 24, mendirikan rumah tangga dengan Wan Amirul Haiqal di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur pada 22 Januari lalu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Cari

Be the first to comment on "‘Maafkan Saya, Tapi Belum Ada B4yi Lagi’ – Athisha Minta Maaf Gurauan Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*