Rashidi Ishak Sunyi! Hot Daddy Ingin Disatukan Dengan Hot Mama Siti Nordiana?

Berita pencera1an pelako Rashidi Ishak dengan Vanidah Imran sememangnya hangat diperkatakan pada 2019 lalu. Namun timbul pula khabar angin aktor berusia 48 tahun itu dikatakan menjalin hubungan percintaan dengan finalis dewi remaja 2014/2015, Fify Azmi.

Bagaimanapun, Rashidi menjelaskan Fify merupakan bekas pekerjanya dan model untuk iklan produk keluarannya. Ujarnya lagi, wanita itu juga bukanlah orang ketiga atau punca perpisahannya dengan Vanidah seperti yang didakwa ramai.

Selepas beberapa tahun bercerai, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini nampaknya masih belum lagi menemukan teman pengganti bagi menjadi surihatinya.

Walaupun dikaitkan dengan beberapa wanita seperti Fify Azmi dan seorang yang bernama Mishael Lee, dia tampil menafikan perkhabaran tersebut dan menegaskan mereka hanya sekadar sahabat.

 

Terbaru, timbul khabar angin mengatakan bahawa Rashidi dan penyanyi jelita yang juga seorang ibu tunggal, Siti Nordiana atau Nana sedang didalam proses saling mengenali.

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Rashidi mahupun Nana berhubung khabar angin ini. Usaha kami untuk mendapatkan kesahihan daripada mereka berdua juga tidak berhasil.

Sebagai info, Rashidi dan Vanidah Imran telah bercera1 pada 9 Ogos 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka, Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube

Be the first to comment on "Rashidi Ishak Sunyi! Hot Daddy Ingin Disatukan Dengan Hot Mama Siti Nordiana?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*