(VIDEO) “Ni Kahwin Ke Expo Ni?”– PKP Lama Sangat, Pasang 19 Khemah Untuk Kenduri Kahwin!

Baru-baru ini tvlar di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Faradilla Zulkipli yang memaparkan sebuah majlis kenduri kahwin yang telah mendapat perhatian ramai.

Selain itu, pelamin dan ‘doorgift’ juga menjadi perhatian kita jika hadir ke majlis perkahwinan. Tetapi, lain pula ceritanya dengan video TikTok yang dimuat naik pengguna farazulkipli. 
 
Gadis ini telah menunjukkan sebuah majlis perkahwinan yang sangat unik. Menerusi video yang dikongsikan, gadis ini merakam suasana di majlis perkahwinan di mana biasanya, khemah di majlis perkahwinan mesti bawah 10.
 
Namun, majlis perkahwinan ini mempunyai 19 khemah. Memang betul-betul perkahwinan yang mewah!

Menerusi video tersebut, dilihat jumlah khemah yang digunakan pada majlis tersebut lain daripada yang lain iaitu menggunakan 19 buah khemah.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 106.8K tanda suka, 3.7K komen di laman TikTok.

kahwin

Agak-agak korang rasa berapa cost wedding ni??

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pelbagai reaks1, ada yang mengatakan bahawa majlis kenduri kahwin itu kelihatan seperti bazar Ramadan.

Itu preparation bazaar ramadhan la,” tulis seorang netizen.

@farazulkipli Agak² korang rasa berapa cost wedding ni?? Cer korang comment 😎#kakakmuatakaful #izzgrouptiktok #oscars #kuikhlaskan ♬ original sound – Izzy

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa pengantin seperti mahu menjemput satu daerah oleh kerana penggunaan khemah yang begitu banyak.

Ni kawin ke expo ni – Netizen.

Ni nak tambah air sampai meja dah haus balik” – tulis seorang pengguna TikTok.

Mungkin sebab sudah lama kenduri kahwin tidak dapat dibuat kerana pandemik COVID-19, maka ramai pengantin yang nak all out setelah lama menunggu giliran untuk membuat majlis perkahwinan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : BeautifulNara

Be the first to comment on "(VIDEO) “Ni Kahwin Ke Expo Ni?”– PKP Lama Sangat, Pasang 19 Khemah Untuk Kenduri Kahwin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*