Cekik Darah! Tiket konsert Justin Bieber ‘Sold Out’, ‘Reseller’ Cuba Ambil Kesempatan

Sejak minggu lepas, kecoh di media sosial apabila bintang pop terkenal, Justin Bieber mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah Justice World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.

Para ‘Beliebers’ semakin teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan artis kesayangan mereka selepas lebih sepuluh tahun tidak membuat konsert di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan, tiket akan dijual di atas talian pada hari ini dengan harga antara RM288 hingga RM1,088 mulai jam 11 pagi.

Namun begitu, aura yang dibawa oleh penyanyi lagu Baby ini amatlah menakjubkan di mana, kesemua tiket habis dijual kurang 3 jam selepas ia dilancarkan.

Walau bagaimanapun, menjengah ke laman Twitter, ramai peminat  meluahkan rasa kecewa kerana gagal memiliki tiket konsert Justin Bieber itu.

Melihat kepada senario itu, terdapat beberapa pihak yang mend4kwa dirinya sebagai reseller mengambil kesempatan di atas nasib yang men1mpa dalam kalangan peminat Justin Bieber.

Malah, terdapat net1zen berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan reseller menjual semula tiket berkenaan dengan harga dua kali ganda lebih mahal dari harga asal.

Sepatutnya harga tiket untuk CAT 7 hanya RM288, tetapi mereka menjualnya dengan harga sebanyak RM1000 dan ke atas.

Perkara ini seringkali terjadi apabila artis luar negara mengadakan konsert jelajah mereka, jadi dinasihatkan kepada peminat Justin Bieber di luar sana agar berhati-hati dalam membuat sebarang urusan transaksi pembelian tiket.

Ini kerana pihak pengurusan sudah menjelaskan bahawa hanya pembeli tiket yang sah sahaja dibenarkan masuk ke konsert, di mana pembeli perlu menyatakan pengenalan peribadi dan sijil vaksinasi individu.

Sumber:  Twitter@hezrinshahnaz    @JusticeTourNews

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : OMM

Be the first to comment on "Cekik Darah! Tiket konsert Justin Bieber ‘Sold Out’, ‘Reseller’ Cuba Ambil Kesempatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*